Pelakon dan pengacara cantik Neelofa, bukan saja bergelar selebriti berjaya malah seorang usahawan berjaya dan dikenali di Asia.

Lebih mengagumkan, ketika berusia 26 tahun, Neelofa digelar jutawan muda apabila jenama tudungnya, Naelofar Hijab meraih jualan RM50 juta.


Kata Neelofa, bukan senang nak berjaya dan banyak perkara perlu ditempuhi. Tambahnya lagi, dia sentiasa amalkan 4 perkara ini jika ingin berjaya sebagai ahli perniagaan.


1. Cabar diri sendiri

Ramai di antara anda yang tidak mempunyai keyakinan diri untuk melakukan sesuaut yang baru buat kali pertama? Cabar dan yakin dengan diri sendiri. Tiada apa yang mustahil dalam dunia ini.



2. Positif

Dalam setiap apa yang kita lakukan sentiasa harus positif. Ada masanya kita berada di atas, ada masa kita akan jatuh. Jangan biar perkara negatif menganggu anda, belajar terima sesuatu perkara dengan positif dan tenang.

3. Self-Realisation

Sentiasa bagi kata-kata semangat pada diri sendiri. Bercakap dengan diri, katakan yang anda boleh lakukan. Hanya diri anda sendiri je yang tahu dimana tahap kemampuan anda.

4. Self-Talk

Jangan berhenti berdoa, rezeki datang dari Allah. Bersyukur sentiasa dan motivasi pada diri sendiri. Jika anda berjaya laksanakan dengan baik, insyaallah, kejayaan itu milik.

Sumber: Era.fm