fbpx

“Busuk Hati Sangat, Sebab Tu Dia Tak Ada Kawan” – Zarina Anjoulie

Sejak beberapa hari lalu hangat diperkatakan apabila pelakon Fatiya Latiff menyindir wajah aktres Zahirah MacWilson seperti bibik sekaligus mengundang kecaman netizen.

Perkara itu turut mendapat perhatian Zarina Anjoulie yang pernah berkawan rapat dengan Fatiya tampil mendedahkan sebenar pelakon itu.

BACA: Fatiya Latiff Yakin Zahirah, Aiman Tak Berani Saman

Menurut Zarina dia berhenti berhenti berkawan dengan Fatiya kerana perangainya yang busuk hati. Zarina juga mendakwa Fatiya sering mengatakan dia berkawan dengannya kerana pengikut Instagramnya yang ramai.

@aseancelebrities

Zarina Anjoulie || Anju Mula Buka Cerita.. Tentang Fatiya Latiff #ZarinaAnjoulie #FatiyaLatiff

? original sound – Selebriti Malaysia – Selebriti Malaysia

“Korang tahu apa jadi dengan Fathia, jadi ada benda Anju nk cerita sikit. Kalau korang tengok video tuh, itulah masalah tentang Fathia. Kalau korang ingat Anju pernah kawan dan gaduh dengan dia. Inilah sebabnya.

“Kalau korang tengok video tuh, korang boleh rasa tak busuk hati dia? Sebab tuh Anju berhenti kawan dengan dia.

“Busuk hati dia kuat sangat sebab tu dia tak ada kawan. Lepas lima tahun pun masih tiada perubahan, sampaikan tiada orang nak kawan dengan dia,” katanya.

Dalam pada itu, Zaria turut terkejut dengan kenyataan Fatiya terhadap Zahirah namun mendoakan agar pelakon itu akan berubah akan bertemu kebahagiaan suatu hari nanti.

“Dulu saya nak cerita, tapi mungkin orang tak percaya. Cuma masa tu saya percaya, masanya akan tiba sebab orang macam dia takkan boleh sorok perangai lama-lama.

“Saya tidak benci dia, saya doakan dia baik-baik, saya sangat berharap satu hari dia akan berubah. Saya berharap satu hari nanti dia kahwin dan akan bahagia,” katanya.