“Bukan Tak Nak Bercinta, Serik Pernah Ditinggalkan Kekasih”

Pernah mencetuskan kontroversi selepas mengeluarkan kenyataan mahu bersara dari bidang nyanyian kemudian timbul pula isu depresi, penyanyi Haqiem Rusli kini mahu menumpukan sepenuh perhatian terhadap kerjayanya.

Pasti ramai tertanya-tanya sama ada Haqiem Rusli mempunyai kekasih atau tidak. Menurut Haqiem lagi, buat masa ini dia tidak mahu bercinta kerana baginya ia boleh menganggu perjalanan kariernya yang sibuk.

BACA: Pernah Dikecam Lebih Teruk, Haqiem Rusli Dah Tak Kisah

Haqiem juga mengakui dia masih fobia dan serik untuk bercinta kerana pernah ditinggalkan kekasih sebelum ini.

“Saya bukan tak nak bercinta, tapi sekarang bukanlah masa yang sesuai memandangkan jadual kerja saya yang agak sibuk.

“Saya juga belum bersedia kerana masih serik, saya pernah ditinggalkan oleh kekasih jadi sekarang saya masih fobia untuk bercinta,” katanya kepada Astro Gempak.

Dalam perkembangan terbaru, Haqiem kini sibuk mempromosikan album terbaru yang berjudul Segalanya.

×