fbpx

“Bukan Tak Mahu Tambah Anak, Tapi …”

Biarpun kedua anak sudah meningkat dewasa, Aeril Zafrel dan Wawa Zainal tidak merancang untuk menambah bilangan ahli keluarga kerana ingin menstabilkan dulu kehidupan mereka. Lagi pula, jelas mereka pada ketika ini perjalanan karier mahu diutamakan.

BACA: Wawa Zainal Risau Anak Belum Boleh Bercakap

“Saya dan Wawa tidak ada perancangan untuk menambah anak ketiga waktu terdekat ini. Bukan tidak mahu cuma nanti dulu. Saya mahu pastikan kehidupan keluarga stabil terlebih dahulu sebelum tambah anak lagi”

“Saya pun ada merancang untuk pindah rumah, jadi biarlah kami fokus pada kerja dan bila semua dah stabil barulah fikir tentang anak ketiga. Lagipun anak pertama dan kedua masih kecil. Saya dan Wawa perlu beri tumpuan sepenuhnya pada mereka,” jelasnya kepada m Star Online.

Seingat kami, baru-baru ini Wawa ada mengadu tentang anaknya yang masih belum boleh bercakap jadi mungkin ini antara sebab pasangan ini mahu memberikan fokus sepenuhnya kepada kedua anak mereka. (rtky/w)