fbpx

Sedang hangat diperkatakan mengenai isu gangguan seksual membabitkan seorang influencer, seorang wanita muncul mendakwa dirinya merupakan bekas kekasih kepada lelaki berkenaan.

Memetik mStar Online, wanita yang juga pelakon baru bernama Atyka itu mengakui pernah menjalin hubungan dengan influencer berkenaan dan mengakui membuat pendedahan tersebut kerana mahu menyelesaikan isu antara mereka berdua.

Menurut gadis berusia 24 tahun itu, influencer bekenaan sudah menyekat nombornya dan berharap lelaki itu tampil menyelesaikan kemelut mereka.

“Saya ada hubungi dia untuk berjumpa, sebab saya tak nak keruhkan lagi keadaan tapi saya di block. Saya tak memburukkan dan saya cuma cakap jangan nafikan, sebab ada hal lain antara saya dan dia yang masih belum selesai. Dia tahu apa hal itu.

“Saya pun sudah berhenti muat naik sebarang posting di Instagram. Saya hanya nak dia berjumpa dengan saya sahaja,” katanya.

Dilihat ada memuat naik paparan skrin mesej didakwa dihantar ibu lelaki berkenaan, Atyka berkata dia tidak berdendam tetapi mahu memberi pengajaran selepas dihina seperti sedemikian.

“Saya tak berdendam tapi saya nak bagi pengajaran untuk dia sebab mak dia bercakap tentang keturunan dan yang saya tutup tu ada sebab dia. Kalau mak dia nak tahu apa yang jadi berdepanlah dengan saya.

“Makcik, saya minta maaf saya bukan nak berdendam dengan makcik tapi cara makcik cukup kurang ajar dan saya rasa makcik patut sedar diri. Bukan saya seorang saja yang cakap makcik macam ni tapi mungkin di belakang saya ada ramai lagi,” kataya.

Tambahnya lagi, dia juga tidak takut disaman kerana dia juga boleh mengambil tindakan undang-undang serta mempunyai banyak bukti.

“Saya tak takut kena saman, saya pun boleh saman dia balik sebab saya ada banyak bukti. Bukan saya sahaja dan banyak lagi wanita yang dia aniaya. Saya tahu dengan konten agama dia tu, mungkin orang cair.

Semalam, Atyka memuat naik sijil kursus kahwin bersama influencer tersebut sebagai bukti mereka pernah menjalinkan hubungan. Malah, Atyka turut memuat naik mesej paparan skrin mesej dihantar ibu lelaki berkenaan.

SUMBER: mStar Online