Baru-baru ini, adik kepada pelakon Bella Astillah iaitu Didi Astillah ada memuat naik video bertanyakan ciri-ciri lelaki idaman kakanya itu.

Menerusi video dikongsikan di TikTok, Bella berkata dia idamkan lelaki yang tidak merokok dan tidak mengambil minuman beralkohol.

BACA: “Sweet Tu Bukan Macam Olok-Olok” – Nora Danish ‘Approve’ Bella Astillah & Syed Saddiq

@didi_angel_astillah

Nahhh saya belanja kamurang jawapan cepumas dari kak bella. Saya lari dulu ah gaissss ????????? bye

? original sound – Didi Angel Astillah – Didi Angel Astillah

Turut menjadi perhatian, Bella mengatakan dia tidak mahu lagi menjalin hubungan dengan lelaki yang terlibat dengan dunia hiburan.

“Tidak hisap rokok vape atau shisha dan semestinya tak pergi kelab malam serta minum alkohol. Dia juga tak terlibat dengan bahan terlarang seperti dadah dan paling penting bukan dalam industri seni,” katanya.

Bagaimanapun, apabila Didi bertanya sama ada Bella akan menerima lelaki yang terlibat dalam bidang politik, Bella hanya ketawa tanpa menjawab soalan berkenaan.

Terdahulu, Bella pernah mendirikan rumah tangga bersama aktor sensasi, Aliff Aziz namun bercerai untuk kali kedua pada 13 Jun tahun lalu.