fbpx

Bukan Niat Sorok Perkahwinan, Shuk Shahar Serik Kongsi Kisah Peribadi

Pelawak dan pengacara, Shuk Sahar mengakui dirinya sudah pun mendirikan rumah tangga dengan wanita pilihan hati, Farra Salleh pada November tahun lalu.

Menerusi temu bual bersama satu podcast, Shuk berkata cukup sekadar ianya diketahui ahli keluarga terdekat dan akan umumkan berita mengenai perkahwinanya apabila tiba masa yang sesuai.

BACA: Shuk Sahar, Fara Salleh Dah Nikah November Tahun Lalu

“Sejujurnya, apa yang dikeluarkan mengenai perkahwinan saya adalah betul. Saya sudah berkahwin pada November tahun lalu.

“Tapi akan ada satu masa saya akan maklumkan mengenai perkara ini. Bukanlah saya berahsia mengenai perkahwinan ini sebab keluarga dan rakan-rakan rapat tahu. Cuma belum sampai masa untuk saya cerita mengenai hal ini dengan lebih terbuka,” katanya.

Sementara itu, Shuk berkata dia tidak mahu terlalu terbuka berkongsikan mengenai kisah peribadi dan sudah belajar dari pengalama lalu.

“Sebelum ini saya selalu kongsi di media sosial dan terlampau terbuka samapikan perkara itu ‘backfire’ saya balik,” katanya.

Terdahulu, Fara Salleh mengakui dia dan Shuk sudah bergelar suami isteri sejak empat bulan lalu.

SUMBER: mStar Online, Okletsgo