“Bukan Mudah Berada Di Posisi, Perjuangan, Pengorbanan Abah”

Hari ini negara digemparkan mengenai Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang dikhabarkan akan meletakkan jawatan esok.

Perkara itu hangat diperkatakan oleh netizen termasuk penyanyi aktivis kemanusiaan, Heliza Helmi yang turut sebak mendengar perkhabaran tersebut.

BACA: “Tak Kemaruk Soal Cinta Jodoh, Heliza Helmi Layak Dijadikan Ikon”

Heliza berkata bukan mudah untuk berada di posisi ‘Abah’ serta mendoakan agar Allah memberikan yang terbaik untuk Perdana Menteri dan semua rakyat.

“Ya Allah.. sebaknya. Bukan mudah nak berada di posisi Abah, perjuangan Abah, pengorbanan Abah. Ya Allah… berikanlah yang terbaik untuk Abah dan kami semua , rakyat Malaysia. sebuah negara yang Engkau Redhai. Pandu kami Ya Allah,” tulisnya.

Perkongsian Heliza itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang turut bersedih serta menyifatkan Muhyiddin merupakan Perdana Menteri terbaik Malaysia serta tidak mahu beliau melepaskan jawatan di saat genting ini.

×