fbpx

Bukan Main Senang Lagi Nak Bayar Zakat Kali Ni, Muat Turun App Ni

Tahun ini paling syok nak raya, al-maklum lah dah dua tahun kita semua beraya dalam musim MCO, kali ni dah boleh rentas negeri, apa lagi pakat balik kampung lah.

Korang mesti dah siap prepare semua kan, baju raya, duit raya, kasut raya, beg raya. Paling penting jangan lupa apply cuti, kalau korang lupa yang ini jawabnya melepaslah raya korang.

Tapi kan kami nak juga lah bertanya, korang semua ni dah bayar zakat ke belum? Kalau belum meh sini kami nak kongsi satu tips paling mudah bayar Zakat Fitrah.

Untuk geng yang sibuk memanjang korang kena baca sampai habis.

Paling Cepat Dan Menjimatkan Masa

Bagi korang yang belum menunaikan tanggungjawab korang meh sini kami nak share satu aplikasi yang bagus dan boleh mempercepatkan masa korang!

Dengan aplikasi ni korang dah tak perlu nak susah payah pergi beratur di meja bayar Zakat Fitrah lagi dah. Tenaga korang pun tak teruji, al maklum lah bulan puasa dengan cuaca yang terik ni, memang menguji kesabaran.

Korang muat turun jer aplikasi MAE dari Maybank ni, di sini korang dah boleh bayar Zakat Fitrah. Hanya klik-klik sahaja, dah selesai tanggungjwab korang. Mudah pun mudah! Dengar cerita banyak faedah juga kalau korang bayar Zakat Fitrah di MAE ni.

Kalau tak tahu cara macam mana nak gunakan MAE untuk bayar Zakat Fitrah, nah kami payungkan korang step by step untuk memudahkan korang bayar Zakat Fitrah. Yang penting sangat mudah, ikuti 6 langkah ini.

Langkah 1: Log masuk ke MAE > Klik ‘Pay bills’ pada paparan ‘Quick Actions’

Langkah 2: Klik ‘Zakat’

Langkah 3: Pilih Badan Zakat dan Jenis Zakat

Langkah 4: Pilih jenis beras anda dan jumlah tanggungan termasuk diri sendiri.

Langkah 5: Masukkan nombor telefon bimbit

Langkah 6: Semak butiran anda, kemudian lafaz niat yang tertera dan tekan ‘Bayar Sekarang’

Jadi apa tunggu lagi jom lah bayar Zakat Fitrah dengan MAE, jangan asyik sibuk dengan persiapakan raya sampai terlupa nak bayar Zakat Fitrah.

Jangan berkira untuk bayar zakat sebab telah dijanjikan Allah suatu saat nanti, kita akan mendapat pertolongan daripadaNya disebabkan kebaikan zakat yang telah kita tunaikan.

Maklumat lanjut dan sebarang pertanyaan, korang boleh layari pantauan INI

Jom cepat muat turun aplikasi MAE sekarang!
Android
Apple
Huawei