“Bukan Ke Dalam Idah?” – Bella Astillah Dikecam Tak Jaga Idah

Baru-baru ini, tular video di TikTok memaparkan pelakon dan penyanyi, Bella Astillah bersama adiknya, Didi Astillah sedang bercuti di pantai namun tidak dapat dipastikan lokasinya.

Menerusi video itu juga, Bella dilihat sedang seronok berkelah dan bermain bola tampar bersama adiknya serta individu yang lain.

BACA: Nampak Real, Netizen Kagum Bella Astillah Mampu Menangis Depan Kamera

@kikofandom

hi @bellaastillah94 sumandak sabah memang lawa2 #bellaastillah #aliffaziz #ruhainiesaliffaziz

? DJ Cantik The Drum x Ya Odna – DJCantik

Apa yang menjadi perhatian pakaian yang dipakai oleh pelakon itu dikatakan terlalu seksi, malah ada segelintir netizen mempersoalkan tentang idah apatah lagi baru bercerai bulan lalu.