fbpx

Budoy: Bukan Telenovela Biasa

Penggemar telenovela, anda kini punyai satu sebab baru untuk melekat di’hadapan kaca televisyen setiap hari untuk menonton satu kisah yang bakal menyentuh hati anda.

Budoy, yang mula bersiaran di Astro Bella (saluran 133) pada 11 Oktober lalu mengisahkan tentang seorang lelaki bernama Budoy yang lahir dalam keadaan terencat akal.

Lebih menyedihkan, Budoy yang dilakonkan Gerald Anderson ini disisihkan oleh ahli keluarga sendiri yang terdiri dari mereka yang berjaya dalam bidang perubatan.

Kejayaan Dr Anton Maniego sebagai seorang doktor perubatan tapi tanpa memiliki zuriat sememangnya tidak boleh dipertikai.

Namun semuanya berubah apabila isterinya, Luisa, melahirkan Budoy yang tidak normal, melalui satu proses yang dijalankan oleh Dr Anton Maniego sendiri.

Pada ulangtahun kelahiran kelima Budoy, nenek beliau dengan sengaja menyerahkan Budoy kepada orang lain yang ditugaskan untuk menyembunyikan Budoy dari khalayak ramai.

Kalau anda ingin tahu apakah nasib Budoy selepas diserahkan kepada keluarga angkat atau sama ada keluarga Dr Anton Maniego berjaya sembunyikan identiti Budoy selamanya, wajib untuk anda tonton telenovela ini setiap Isnin hingga Jumaat jam 3.00 petang di Astro Bella (saluran 133). Trailer telenovela Budoy untuk anda tonton dibawah ini.

Budoy telah menerima pencalonan dalam kategori Best Drama Series untuk 26th Star Awards for TV 2012 selain Gerald Anderson sendiri menerima pencalonan sebagai Best Drama Actor & juga Janice de Belen, pembawa watak ibu Budoy (Best Drama Actress) dalam anugerah berprestij Filipina yang akan berlangsung pada 18 November 2012 itu nanti.