Buat Kerja Berat, Rozita Che Wan Alami Pendarahan Kecil
Jika tiada aral melintang, tinggal dua bulan sahaja lagi pasangan Rozita Che Wan & Zain Saidin bakal menimang cahaya mata pertama mereka yang dijadual akan lahir sekitar Oktober nanti. Ya, pasti ramai tidak sabar untuk menanti khabar gembira ini.
Hadir ke majlis rumah terbuka syarikat pengurusan Laugh Out Loud semalam, Zain Saidin buka cerita tentang satu insiden yang dialami oleh isteri tersayang yang terjadi pada awal bulan Ramadhan yang lalu.
“Kejadian ini tak silap saya berlaku hari puasa pertama. Dia ada buat kerja siram pokok pada hari berkenaan. Selepas itu pada sebelah petang dia nak bersiap untuk ke majlis berbuka puasa ada sesuatu yang terjadi. Berlaku pendarahan kecil dan kami segera ke pusat perubatan Prince Court untuk mendapatkan pemeriksaan”
BACA: Rozita Che Wan, Zain Saidin Bakal Timang Anak Perempuan
“Kami mendapatkan rawatan susulan keesokan hari kerana doktor yang perlu dirujuk tiada pada hari pertama. Alhamdulillah pada hari ketiga pendarahan sudah tak ada. Mulai dari itu, saya tak izinkan lagi dia buat kerja berat. Berjalan atau berdiri lama pun saya tak izinkan kerana bimbang kaki bengkak,“ cerita Zain Saidin kepada Berita Harian.
Pelakon itu turut memaklumkan yang anak mereka sudah pun mempunyai kontrak bersama Astro sebagai hak eksklusif penyiaran dan pastinya kita akan menanti lebih lama untuk mendapatkan gambar wajah anak pasangan ini nanti.
“Bakal anak kami pun akan ada hak siaran eksklusif Astro. Itu rezeki anak namanya. Kami turut tumpang gembira,“ tambah Zain Saidin lagi. (rtky/m)
siram pokok boleh di kategorikan kerja berat ek?
Faktor usia…angkat buku pun tak bole….dgr nasihat doktor
siram pokok je pun. macam tebang pokok kisah dia
menyampahhhhh
owg yg ckap tu pnah ka hamil…perempuan hamil klau hormon xstabil blh mengakibatkan pendarahan k…ape pun take care k.ta..jge bby n kesihatan yew…
sebab dah tua. dah 40 kan nenek ta ni. nanti beranak bulu mata pelesu jangan lupa.
lah nye la mulut masing2. dengki ke kak nk ckp bende2 x elok, ok la 40 pn blh lg, pade yg mengata, 20++ pn blm tentu blh.
Jgn kata kt org mcm2.. nanti kena batang idung sendiri.. rahim pompuan semua x sama.. ada yg kuat ada yg x.. kadang2 angkat barang 2kg pun blh turun darah.. x kira tua atau muda.. esok lusa org yg ckp 2.. kena batang idung sendiri baru tau.. sakit ati ke tidak.risau ke tidak… bila bleeding.. kira bersyukur la dia blh mengandung lg.. bby ok… yg kutuk2 tue.. dah pasti ke kita blh mengandung?? Time ngandung x de kompilasi???
Tak baik org pregnant dikutuk…rezeki dia ada baby & jodoh dia…apa ckp pucuk2 tak senonoh…ada banyak sebab spotting x pregnant..rahim pompuan tak smua sama jgn samakan…mmg doktor akan sarankan dia jgn buat kerja berat…kita doakan kan leh dpt pahala…
*komplikasi… Kalo mengandung ble buat kompilasi, mmg berderet la jawabnya ble buat team bola hihihihihih….
cik ta oh cik ta … baik rehat aje lah sekarang. even primadona pun tak payah teruskan buat masa ni. berhenti dulu. betul kata zain tu… dia pun risau jadi apa2. bila dah start darah turun memang bahaya. pernah berlaku pada saya. akhir2 gugur. berhati hati dan jaga kandungan. banyak rehat dan makan ubat vitamin dan minum susu untuk pregnant mothers. doa selalu. tidur nak cukup. jangan risau. jangan berdiri banyak. makan nenas , asam2 dan benda tajam tak boleh makan. good luck for mum and baby. juga hubby.
Rezeki masing2 memang x sama…jadi bg yg mengata lebih2 tu…cermin kan diri tu sikit sebelum mengata org…diri sendiri perlu jaga…jangan nak menyibuk pasal rumah tangga org lain….tak terkena kat diri sendiri mana tahu terkena kat adik beradik ke nanti…sapa tahu kan…jadi yg baik kita renungkan…yg buruk kita hindarkan…allah maha mengetahui segalanya….
Cik Ta amik gambar MESTI side view
Ni cik ros…assalam…..smue sedie tahu….jdh prtemuan ajal maut allah tentukan ya rasullulah….jgn kutuk die tlng lah…itu suratan die doa yg baik2 untk cek ta dan zen.
ini apa hal nak kutuk2x,syukur umur mcm tu mengandung lagi,ada suami yang prihatin time mengandung,tersangatlah bahagia,yg kuat mengutuk org ni,ingat2x badan sendiri kalau yg perempuan,tu agak2lah takut angkat selipar nanti keguguran terus tak mengandung,merana badan kena di madukan,jadi nak mengata tu agak2xlah ya.inilah manusia nampak org bahagia,tak senang duduk,kita manusia semua tak sempurna.jadi ingat2lah.
syukur che tah takde pe2…
Air pasang pagi surut pkl5,nenek bgun pagi siram pokok bunga
hati-hati Che Ta. Kerja ke baby lagi penting? :)
http://www.groboc.com.my kami menjual pakaian kanak-kanak & bayi. Kami ada banyak pilihan dress frozen. Lawatlah website kami.
Tahniah k.ta……….semoga jga dri dn kandungan baik2 ye………
Setengah prempuan rahim dia lain. Maybe xkuat. Kawan aku langkah longkang je boleh gugur. Xyah nak kondem ar. Anak dia dpt coverage astro, bkn dia mintak pun. Astro nk bg. Amik jelah.
Tak baik mengata org…tak kira lah sapa dia…kan elok ckp benda yg baik2…dia takda pun kacau idup korang yg mengata dia tuh…
Tahniah di ucapkan.. apa pon penting menjaga kesihatan dan kandungan tu…
http://www.wom.my/keluarga/didik-anak-dalam-kandungan/
smoga sihat selalulah anda berdua…
Cari glemer hang Ni..
Lebih lebih sangat pun, jadi Ego pulak
cik ta cik ta…cakap mcm budak2 remajalah eko ni @Primadona. cakap pasal Zin cemburu dgn ex-husband haizzzzz……. perkara tu boleh keep to yourself tak payah heboh2
Entah2 ex-husband dengar nak muntah…
lebih baik che ta menjaga kesihatan dari mula kahwin hingga mengandung selalu dok cerita aje… lebih baik menambahkan pengetahuan agama agar kita dan anak kita diberkati oleh Allah.
che ta yg umur 40 lebih masih bolih mengandung..masih cantik..yg dop mengata ni umur 20an..30an..kot-kot macam nenek dah kot…heeee..heee..cermin diri sebelum mengata orang…
dah habis perfect ke yang duk mengutuk che ta tu??? agak2 la sikit. kalau terkena batang hidung sendiri, caner??? menggelabah ke meroyan??? jangan nak mengata sangat la… cermin diri tu.