“Buang Sikap Yang Dulu, Yang Selalu Marah-Marah Orang Lain”
Berdepan dugaan dalam rumah tangganya, Sharnaaz Ahmad dilihat sering mencurahkan isi hatinya di media sosial. Baru-baru ini, Sharnaaz memuat naik mengenai persoalan nasib individu yang suka menganiaya orang lain.
Menurut Sharnaaz, dia berasa hairan mengapa Tuhan tidak menurunkan sahaja bala kepada golongan tersebut. Ujarnya, mungkin apa yang berlaku ada hikmahnya atau mungkin kerana Allah mahu kita belajar dari kesilapan manusia yang kejam itu.
BACA: Sharnaaz Ahmad Sedih Terlepas Lihat Anak Membesar Depan Mata
Selalu aku bertanya kenapa Allah tak turunkan bala pada org yg aniaya kita.. tapi jawapanya ada dgn kita jugak.. sebab Allah nak kita redha dan belajar dari kesilapan manusia yg kejam itu.. itu lah balasan paling mujarab buat mereka.
— Sharnaaz Basir Ahmad (@SharnaazAhmad) November 3, 2019
Status tersebut mendapat perhatian serta pelbagai respon daripada netizen yang bersetuju dengan pandangan Sharnaaz yang penuh dengan maksud mendalam itu meskipun tidak tahu cuba disampaikan oleh pelakon itu.
Malah ada netizen yang turut memberikan nasihat kepada Sharnaaz supaya tidak mempedulikan golongan tersebut, serta mengatakan pelakon itu perlu mengubah sikapnya terlebih dahulu yang terkenal sebagai seorang yang lantang bersuara.
Ya betul ingat.. syukur banyak dah sedar.. terima kasih atas nasihat bang dut https://t.co/zzHYvFBoGX
— Sharnaaz Basir Ahmad (@SharnaazAhmad) November 4, 2019
Kenyataan oleh netizen itu mendapat maklum balas daripada Sharnaaz yang mengucapkan terima kasih di atas nasihat yang diberikan.
Terdahulu, Sharnaaz meluahkan rasa sedih apabila terlepas melihat perkembangan terkini anaknya, Jebat Jayden. Menurut Sharnaaz, dia tidak dapat melihat proses Jebat belajar berjalan depan matanya sendiri.
- SUMBER
- Astro Gempak
Sikap panas baran, kepala angin, ego tinggj tak baik diamalkan sudahnya makan diri sendiri nnt. Mmg mudah kita nmpk kesalahan org tp kesalahan diri sendiri tu mmg susah kita nk mengaku! Perkara ni berlaku hampir pd semua org. Hanya org2 tertentu jer yg tiap kali diuji dia mampu nmpk kesalahannya dan cuba memperbaikinya pd masa akan dtg
Org baik kalau ditimpa musibah itu namanya ujian. Org jahat kalau kena musibah itu namanya bala! Sbb tu bila kita kena musibah kita kena check amalan kita. Adakah kita ini diuji kerana Allah sayangkan kita dan nak angkat darjat iman kita atau Allah murka dgn kita yg sering lalai dgn tanggungjawab lalu timpakan bala utk kita insaf
Pompuan je boleh ajar dia. Itulah kuasa pompuan. Pecah ego jantan anak hantu penang lah konon. Serve you right.
Nanaz, kau contohi la Hajjah Tasbih digital. Zikir & sindir tak tinggal gitcheeewww !!!
Elehh sekejap jer kalau ko nak sedar pon…benda dah sebati dalam diri..dekat2 nak mati la kot baru boleh buang semua prangai2 lama..2 3 hari tgh nazak terlantar..sbb takde roh dah separuh jiwa.so boleh la kata nak berubah…kalau dh nama manusia..jgn sembang ko mampu berubah dr perkara silam..geliiii..