Bonda Rozita Didakwa Lari Bayar Upah Ubahsuai Rumah Mewah Di London

Tiada angin tiada ribut hangat diperkatakan apabila ada individu mendakwa usahawan terkenal Bonda Rozita lari daripada membayar upah kerja ubah suai rumah mewah miliknya di London.

Menerusi perkongsian di Insta story, individu tersebut mendakwa segala kerja ubah suai telah dilakukan namun tiada sebarang bayaran diterima.

BACA:

Menurut individu itu lagi, pihak mereka mendakwa sudah melakukan ubah suai tandas, memasang karpet mewah di semua 7 bilik dan di tangga seperti yang diminta namun belum terima bayaran.

Malah, individu itu turut mendakwa turut disekat oleh Bonda Rozita di platform media sosial termasuk di WhatsApp.

Tambah individu itu lagi, dia sudah dua kali berjumpa dengan usahawan tersebut namun dikatakan tidak tahu mereka belum menerima bayaran. 

“Saya terpaksa guna cara ini. Saya dah jumpa beliau dua kali di Malaysia. Dia kata tak tahu kami belum terima bayaran. Saya dah beri masa. Dah tambah masa juga.

“Awak sekat saya di Whatsapp dan IG, tapi saya jumpa cara lain untuk berhubung dan minta awak untuk berjumpa. Cukuplah, tolong bayar kami,” katanya.

SUMBER: Instagram 

×