Baru-baru ini tular video mengenai bekas personaliti televisyen, Norjuma Habib Mohamed yang tampil dalam satu sidang media.

Difahamkan, Norjuma memberi penjelasan berkaitan waran tangkap yang dikeluarkan oleh empat Mahkamah Majistret di Kuala Lumpur kerana gagal hadir pada prosiding sebutan kes.

@hariznazzir

Datin Che Puan Norjuma ? Datin Norjuma muncul di Kota Bharu. #newyork #norjuma #CopBorak

? original sound – Hariz Nazzir – Hariz Nazzir

Namun apa yang lebih menjadi perhatian, Norjuma meminta rakan media untuk memanggilnya dengan gelaran ‘Datin Che Puan’ ketika sidang media itu.

“Sebenarnya boleh tau kalau panggil saya Datin Che Puan Norjuma. Saya sangat okay kalau dipanggil dengan gelaran itu.

“Kalau orang lain mungkin mereka akan cakap, ‘Eh tak apa sebab kami tak kisah dengan gelaran itu’. Itu tak apalah (hak mereka) kalau dah kahwin dengan orang lain kan?” katanya.

Apabila ditanya mengenai status rumah tangganya, Norjuma berkata dia masih lagi mempunyai suami namun enggan untuk mengulas perkara tersebut dengan lebih mendalam.

“Suami saya sekarang, ada lah. Suami saya sekarang mungkin suami orang dahulu,” katanya.

Perkongsian video itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen mempersoalkan status gelaran Norjuma itu serta turut tertanya-tanya siapa suaminya.

×