Pepatah ada mengatakan ‘tuntutlah ilmu biarlah sampai ke negeri China’. Kalau anda faham betul-betul istilah ini, ianya membawa maksud cari dan tuntutlah ilmu sejauh apa pun ilmu itu berada.
Tak kisahlah di mana pun anda berada, jika ada peluang untuk menuntut ilmu, tidak salah kalau kita sertai, ye tak? At least anda dapat mempelajari kemahiran baharu di samping boleh menambah nilai dan ‘harga’ anda tu!
Ini Yang Kita Mahu!
Bercakap mengenai menuntut ilmu ini, kami suka untuk berkongsikan kepada anda berkenaan kursus anjuran Institut Penyiaran dan Penerangan Tun Abdul Razak (IPPTAR) 2022 di bawah Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia ini.
Bagi kami kursus-kursus yang mereka tawarkan khas untuk semua kakitangan awam kerajaan ini sangat bernilai dan berguna kepada mereka. Mana tidaknya, mereka berpeluang untuk menuntut ilmu baharu serta ‘ambil tahu’ tugas rakan sekerja mereka selain dapat mengekalkan agensi kerajaan yang efektif.
Kursus yang ditawarkan juga tidak lama, paling singkat, dua hari dan yang paling lama pun tiga bulan.
Siapakah yang layak untuk memohon mengikuti kursus dan latihan anjuran IPPTAR ini? Jawapannya, semua pegawai Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia. serta ada juga kursus yang dibuka kepada penjawat awam di kementerian lain.
Wah, Betul Menarik!
Anda tengoklah sendiri perkongsian mereka di bawah ini. Betul menarik! Kalau kami diberikan peluang macam ni, nak sangat join tau.
Kalau anda nak tahu pelbagai kursus-kursus dan latihan menarik mereka sediakan sepanjang bulan. Ini antara kursus yang dorang jalani dan bakal jalani sepanjang Ogos ini. Agak menarik kursus-kursus yang dianjurkan ini.
Mudah Je Daftar
Nak daftar pun mudah, hanya melalui online sahaja iaitu e-Kursus dengan melayari http://ekursus.ipptar.gov.my.
Sangat mudah! Pengguna hanya perlu mendaftar dahulu maklumat peribadi sebelum boleh melayari dan membuat proses permohonan berkursus di IPPTAR.
Kalau ada peluang macam ni di masa hadapan dan terbuka kepada orang awam, kami antara orang pertama yang akan mendaftar! Barulah ngam gais, belajar banyak perkara dalam hidup. Hehe.
Untuk info lanjut dan update terkini berkenaan dengan IPPTAR ini, anda boleh je usha di Facebook dan juga Instagram dorang! Memang rancak betul aktiviti yang dorang update. Best!