Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq kini dalam Larian Kesyukuran yang memasuki hari kedua dengan sasaran mengumpul dana RM200,000 bagi membantu warga Muar.

Sepanjang empat hari itu, ramai yang tertanya-tanya bagaimana Syed Saddiq berehat, membersihkan diri serta menunaikan solat.

BACA: Syed Saddiq Berjaya Kumpul RM54,692 Hari Pertama Larian Kesyukuran

Menerusi satu perkongsian di @teambassofficial, Bella Astillah berkongsikan sebuah karavan yang menjadi tempat berehat tunangnya sepanjang larian berkenaan.

“Saya sangat gembira kerana mempunyai karavan ini supaya Syed Saddiq boleh solat on time kerana perjalanan pun amat jauh selama empat hari. Tempat di dalam pun amat besar. Lengkap dengan tempat solat, tempat tidur, dapur dan tandas,” katanya.

Dalam pada itu, Bella turut memaklumkan dia tidak dapat menyertai larian tersebut namun tetap memberikan sokongan penuh dari jauh.

“Doakan semoga dia berjaya dan selamat. Saya tak dapat sertai dan hanya mampu beri sokongan dari jauh,” katanya.

×