fbpx

Boleh Buat Amal Bila Beli Buku Di POPULAR, Yang Pasti Ada Diskaun!

Kalau korang nak tahu, kehidupan seorang ulat buku ni memang takkan lengkap kalau tak terjah bookstore. Boleh dikatakan setiap bulan atau hujung minggu bookstore antara port wajib untuk diterjah!

Budaya membaca ni memang bagus dan boleh digelar sebagai seorang yang berkepemimpinan dalam ilmu. Yalah bila setiap hari sedut ilmu sedikit sebanyak dapat juga menambah bakul ilmu di dada!

Bersempena dengan bulan Ramadan yang akan tiba tidak lama lagi, kedai buku POPULAR/HARIS Malaysia akan mengadakan kempen Ramadan @ POPULAR 2023 sehingga 16 April.

POPULAR meneruskan tanggungjawab sosial korporatnya untuk membantu golongan masyarakat yang memerlukan bantuan. Sebanyak 25 badan kebajikan di seluruh Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak bakal menerima sumbangan hasil daripada dana terkumpul sepanjang tempoh kempen Ramadan @ POPULAR tahun lalu.

Menariknya setiap badan kebajikan terpilih bakal menerima sumbangan bernilai RM10,352.42. Kalau korang nak tahu, Kempen Ramadan @ POPULAR merupakan kempen tahunan yang diadakan sejak tahun 2010 bersempena dengan bulan Ramadan.

Kempen ini juga adalah satu inisiatif untuk menggalakkan masyarakat membaca sambil beramal sepanjang bulan Ramadan. Sehingga kini, sebanyak 164 buah rumah kebajikan yang telah menerima sumbangan daripada kempen ini.

Siap Ada 10% Diskaun Lagi

Berita baik buat korang yang nak tambah koleksi buku dengan harga diskaun, jangan lepaskan peluang untuk jejak kaki di POPULAR/HARIS Malaysia berdekatan korang.

Sepanjang kempen ini berlangsung, korang berpeluang menikmati rebat sebanyak 10%* untuk buku-buku terpilih antaranya al-Quran & terjemahan, buku rujukan agama, buku motivasi & motivasi islamik, buku bukan fiskyen, komik dan buku masakan.

Jangan tak tahu, pelanggan yang berbelanja RM50 ke atas dalam satu resit untuk produk tertentu, akan menerima satu naskhah Surah Yasin.

Bukan tu jer, bila korang membeli koleksi buku di POPULAR/HARIS Malaysia terpilih, korang juga boleh menyumbang kepada mereka yang memerlukan. Bukan apa, dengan setiap 10% daripada hasil jualan akan didermakan kepada badan kebajikan terpilih di seluruh Malaysia.

Lebih menarik lagi, korang juga boleh mewakafkan al-Quran & Terjemahan, buku agama & motivasi untuk diberi kepada badan kebajikan terpilih. Korang hanya terjah POPULAR/HARIS, beli buku dan serahkan di kaunter pembayaran untuk diwakafkan.

Jadi tunggu apa lagi, geng ulat buku jom nikmati tawaran hebat sempena kempen Ramadan @ POPULAR 2023 dan marilah kita sama-sama Membaca: Beribadah Sambil Beramal.

Ayuh! Berkongsi rezeki dengan insan-insan yang memerlukan sempena bulan Ramadan yang mulia.

Korang juga boleh menikmati promosi ini di POPULAR Online dan layari Facebook POPULAR untuk maklumat lanjut. Nak lagi senang download je aplikasi POPULAR.