fbpx

Bob Lokman Meninggal Dunia

Penulis lirik terkemuka yang juga pelakon terkenal, Bob Lokman dilaporkan meninggal dunia hari ini.

Bob Lokman atau nama sebenarnya, Mohd. Hakim Lokman meninggal dunia di kampung halamannya di Kubang Kerian, Kota Bharu.

Sebelum ini Allahyarhan bergantung nyawa pada jantung kombinasi bateri iaitu alat bantuan jantung, Implantable Automatic Cardioverter Defibrilator (IADC).

Penulis lirik lagu Isabella yang dipopularkan oleh kumpulan rock terkemuka, Search, itu menghembuskan nafas terakhir pada usia 58 tahun.