Black Hadiahkan Isteri Mercedes-AMG GLC43

Penyanyi Black Hanifah membuat kejutan dengan menghadiahkan isterinya, Naquia Yasirah sebuah kereta mewah jenis Mercedes-AMG GLC43.

Menerusi perkongsian di Instagram, Black berkata pemberian tersebut adalah sebagai tanda penghargaan atas segala pengorbanan dan kasih sayang isterinya sepanjang perkahwinan mereka.

BACA: Black Bina Villa Di Langkawi Tanpa Hutang, Guna Wang Simpanan

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Hanifah Black (@black.hanifah)

“Kadang-kadang kita terlalu sibuk cari yang sempurna, sampai lupa hargai yang sentiasa ada di sisi.  Hari ini aku hadiahkan sebuah kereta, tapi hakikatnya takkan pernah cukup membalas semua pengorbanan dan kasih sayang yang dia beri,” katanya.

Sementara itu, Black turut memberitahu bahawa kereta tersebut sudah lama menjadi idaman isterinya serta menitipkan pesanan agar hargai orang yang tersayang selagi mereka masih ada.

“Bukan sebab hari istimewa, tapi sebab dia sendiri adalah istimewa.. Hargailah orang yang kita sayang, bukan nanti bila dia tiada… tapi sekarang, sewaktu dia masih tersenyum di hadapan mata,” katanya.

Black dan Naquia mendirikan rumah tangga pada 13 September 2013. Pasangan itu dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Khaleef Dayyan dan Rindu Dayyana.

×