Hangat diperkatakan mengenai isu curang, pelakon Zara Zya berpesan kepada golongan lelaki mahupun wanita untuk menjaga pergaulan lebih-lebih lagi dengan berlainan jantinan.
Menerusi perkongsian di Insta Story, Zara berkata menjaga ikhtilat sangat penting kerana jika tidak ianya mampu membuka ruang serta menimbulkan perasaan suka terhadap orang lain.
BACA: Zara Zya, Hafreez Adam Bertemu Lepas 5 Tahun Putus Tunang
“Sebab itu pentingnya untuk kita menjaga ikhtilat. Kalau tidak, kau akan jatuh cinta dengan berlainan orang setiap hari. Jangan terlalu buka ruang bermesra atas niat sekadar berkawan dengan berlainan jantina,” tulisnya.
Tambahnya lagi, jika tidak menjaga pergualan antara berlainan jantina memudahkan syaitan menghasut melakukan perkara tidak sepatutnya.
“Bila tidak jaga batas pergaulan, mudah syaitan datang buat kerja. Jadi pilihan di tangan sama ada jadikan curang itu takdir atau pilihan,” tulisnya.
Sejak Isnin lalu hangat diperkatakan apabila seorang wanita bernama Sarah Yasmine mendedahkan dirinya kekasih Aliff Aziz.
SUMBER: HibGlam