“Bila nak kahwin, Mak Akan Cakap Jangan Cari Menantu Macam Shuk”

Susulan pendedahan isterinya, Fara Salleh, pelawak Shuk Sahar berkata dia tidak akan sesekali menjaja kisah rumah tangganya itu di media sosial.

Menerusi siaran langsung di TikTok Shuk bagaimanapun meminta mendoakan yang baik-baik buat mereka serta isteri dan anak dalam kandungan.

BACA: Fara Salleh Fail Cerai, Shuk Sahar Asyik Lebihkan Kawan

“Doakan yang baik-baik. Walaupun kalian dengar cerita yang bukan-bukan, saya tetap harapkan perkara yang baik berlaku buat saya dan Fara. Harap kalian juga dapat doakan Fara dan anak dalam kandungan baik-baik sahaja.

“Saya tak mahu bercerita hal peribadi dalam media sosial sebab nak betul-betul fokus dengan bisnes sepanjang bulan Ramadan ini,” katanya.

Sementara itu, Shuk sempat berseloroh mengatakan bahawa dia antara lelaki dilabel ‘redflag’ dan dikatakan membawa contoh buruk serta tidak sepatutnya dijadikan sebagai suami.

“Aku ini dah di tahap lelaki yang dilabel sebagai ‘redflag’. Aku akan dijadikan contoh, bila nak kahwin, mak-mak akan cakap jangan cari menantu macam Shuk,” katanya.

Terdahulu, Fara mengesahkan sudah memfailkan perceraian di Mahkamah Syariah Segamat, Johor pada Februari lalu.

Fara berkata dia menunggu tarikh sebutan kes serta mengatakan keputusan itu diambil kerana melihat Shuk tidak lagi berusaha untuk selamatkan rumah tangga mereka.

SUMBER: Kosmo