Perkongsian Bekas Menteri Hal Ehwal Agama, Datuk Seri Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri menjadi perhatian ramai apabila memuat naik gambarnya dengan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq.
Menerusi hantaran tersebut, Dr Zulkifli berkata dia bertemu dengan Syed Saddiq di sebuah majlis perkahwinan kenalan mereka.
BACA: Gigih Netizen Siasat, Dakwa Bella Astillah & Syed Saddiq Ada ‘Couple Keychain’?
Dr Zulkifli turut menyifatkan Saddiq seorang anak muda yang baik dan berpotensi untuk pergi lebih jauh dalam dunia politik.
“Lama tak bertemu dengan YB Syed Saddiq, jumpa beliua di majlis perkahwinan kenalan kami. Banyak juga yang kami bualkan.
“YB Syed Saddiq anak muda yang ada potensi untuk pergi lebih jauh, semoga dipermudahkan semua urusan YB untuk manfaat rakyat Muar,” katanya.
Turut menjadi perhatian apabila apabila Dr Zulkifli sempat bergurau mengatakan Saddiq akan lebih semangat menjalani tugas sebagai wakil raykat jika ada pasangan hidup.
“Sibuk-sibuk berpolitik, jangan lupa ada ‘janji’ yang lebih manis daripada manifesto. Bila dah berdua, baru bersemangat sikit dalam Parlimen!” usiknya.