Pelakon Nina Iskandar menyifatkan panggilan janda itu adalah normal buat mereka yang sudah bercerai serta dia bersikap terbuka menerima panggilan itu.
Memetik Harian Metro, Nina berkata ketika ini panggilan janda atau duda bagi pasangan bercerai adalah biasa, namun ada segelintir yang memandang rendah dengan status tersebut.
BACA: “Saya Sekarang Seorang Janda” – Nina Iskandar Sahkan Dah Cerai
“Saya terbuka menerima panggilan janda itu. Tapi, ia juga bergantung pada pandangan seseorang sama ada dia ingin ‘condemn’ (mengutuk) saya sebagai janda atau adakah dia ‘open minded’?.
“Kalau dia nak ‘condemn’ saya dengan label janda, itu lain cerita. Untuk saya sendiri, memang ‘open’ (terbuka). Sebab bila cerai-berai, macam (panggilan) janda atau duda itu adalah sesuatu yang normal atau biasa pada kita.
“Cuma, kadang-kadang ada juga orang yang ‘close minded’ dan pada masa sama ada jenis ‘look down’ status duda atau janda ini. Biasanya ”look down’ pada janda dan saya memang malas nak layan,” katanya.
Berkongsikan mengenai kehidupannya kini, Nina berkata dia berulang alik dari Brunei ke Kuala Lumpur untuk menguruskan perniagaan apatah lagi anak tunggalnya kini sudah bersekolah di sana.
“Anak lelaki tunggal saya, Aaryan Ar-Rizqin, 5, pun sekarang sudah bersekolah di Brunei. Jadi, saya juga tidak boleh berjauhan lama-lama dengannya. Saya tidak mahu terlepas momen tengok Rizqin membesar,” katanya.
Minggu lalu, Nina mengesahkan dia sudah bercerai dengan bekas suaminya, Lan Lebah merupakan penolong pengarah di Mahkamah Brunei pada tahun lalu.
SUMBER: Harian Metro