fbpx

Selebriti popular, Neelofa berkata sejak berkahwin dia tidak pernah mengeluarkan wang untuk keperluan rumah sebaliknya semuanya diuruskan oleh suaminya, Haris Ismail.

Menerusi sesi podcast Richman Coffee, Neelofa berkata suaminya tidak membenarkan dia membeli barangan keperluan dapur menggunakan wangnya sendiri kerana ia adalah tanggungjawab seorang suami.

BACA: “Neelofa Belum Hamil Lagi, Dia Bahagia Membesarkan Dua Anaknya Sekarang”

“Sewa rumah, bil air dan api, barangan dapur semua saya tak pernah sentuh sejak berkahwin dengan Haris. Itu suami yang kena sediakan. Kadang-kadang saya beli susu anak atau pergi beli barangan dapur, dia akan tanya mana bil.

“Kalau dia nampak saya beli barang dapur tapi tak minta dia duit, dia cakap jangan buat macam ni. Sebab dia kata itu bahagian (tanggungjawab) dia, jadi dia yang kena bayar,” katanya.

Sementara itu, Neelofa turut menitipkan pesanan bahawa seorang isteri perlu menghormati suami kerana mereka adalah ketua serta pemimpin keluarga.

“Kenapa perempuan kena ikut cakap suami, kena hormat suami? Sebab bila kita jadi anak perempuan, semua tanggungjawab adalah di atas bahu ayah kita.

“Kemudian, seorang lelaki datang ambil kita (berkahwin), jadi rumah, makanan dan perlindungan semua tanggungjawab dia. Jadi kita berhak menghormati dia untuk dia pimpin keluarga. Sebab itu kena tunduk kepada suami,” katanya.

SUMBER: HibGlam