Isteri kepada pelawak Along Cham iaitu Afreena Suhaimi berkata dia sentiasa mematuhi undang-undang serta mempunyai bukti susulan dakwaan yang dilemparkan terhadapnya.

Menerusi perkongsian di Insta Story, Afreena turut meminta orang ramai tidak membuat tuduhan palsu terhadap dirinya serta menyerahkan siasatan terhadap pihak berkuasa.

BACA: Tipu Isteri Along Cham RM95,000, Polis Tahan Suami Isteri

Sementara itu, Afreena turut berharap orang ramai tidak hanya mendengar kenyataan dari sebelah pihak sahaja dan dia mahu membersihkan namanya.

“Mana-mana (individu) yang nak fitnah saya lagi, sila putar belitkan cerita ye. Perkara berkaitan perundangan ini saya takkan berani langgar atau putar belit.

“Jadi jangan mudah membuat tuduhan palsu terhadap saya. Saya ada bukti, bukti yang kukuh. Apa lagi selepas ini? Difitnah sebagai scammer selewengkan duit derma? RM100,000? Biarkan polis lakukan tugas mereka. Kebenaran akan didedahkan. Saya cuma mahu bersihkan nama. Jangan dengar sebelah pihak,” katanya.

Semalam, sepasang suami isteri bagi membantu siasatan kes penipuan berjumlah RM95,180 membabitkan isteri Along Cham. Setakat ini isteri kepada pelawak itu antara tiga individu yang sudah dirakam keterangan berhubung kes tersebut.

×