“Biar Mulut Senget Yang Penting Sentiasa Berzikir” – Ina Naim

Penyanyi Ina Naim membidas kritikan netizen yang meninggalkan komen mengenai fizikalnya dengan bertanyakan mengapa mulut penyanyi itu seperti sengeti.

Menerusi sesi siaran langsung, Ina berkata dia bersyukur dengan kurniaan Allah dan tidak mengapa jika mulutnya senget tetapi sentiasa berzikir serta ingat pada Tuhan.

BACA: Ina Naim Dedah Anak Kedua Tak Setuju Kahwin Lagi

@inanaswmfqk

Biarlah Mulut Senget ? #esekeli #berandafyp #foryoupage???? #berandatiktok #foryoupage #foryou #fypage #fyp #inanaim #fyp??

? original sound – Ina Naim – Ina Naim

“Memang mulut saya senget, kenapa ada masalah? Biarlah mulut senget tak apa yang penting sentiasa berzikir ingat tuhan.

“Mulut saya senget bukan sebab saya pergi cucuk, ini Allah yang bagi. Yang penting mulut senget inilah saya harapkan Allah terima segala amalan-amalan yang baik.

“Kalaulah saya sempurna, mungkin saya akan menjadi sombong. Sebab itu Allah jadikan kita ada kelemahan,” katanya.

Bagaimanapun, Ina berkata dia memaafkan individu berkenaan serta menitipkan nasihat ahar tidak menghina orang lain serta bersyukur dengan kurniaan Allah.

“Saya maafkan dia, tapi saya nak bagi sikit nasihat. Terimalah apa yang Allah bagi mudah-mudahan mintalah segala kecantikan disana (syurga).

“Dekat dunia jangan hina orang, bersyukur dengan apa yang Allah bagi. Lainlah kalau dia mengubah kejadian tuhan,” katanya.

×