fbpx

“Biar Muka Tak Cantik, Jangan Rebut Kebahagiaan Wanita Lain”

Perkongsian pelakon Mimi Lana menjadi perhatian ramai apabila memuat naik kapsyen menjadi perhatian ramai di Instagram miliknya.

Menerusi perkongsian itu, Mimi berpendapat biar seseorang itu memiliki rupa paras tidak cantik asalkan tidak merampas kebahagiaan yang dimiliki oleh wanita lain.

BACA: “Syafiq Selalu Ada Dalam Hidup Saya” – Mimi Lana

 

View this post on Instagram

 

A post shared by MIMS (@missmimilana)

“Kita perempuan ni, biar muka tak cantik. Tapi yang penting kita tidak merebut kebahagiaan wanita yang lain,”tulisnya.

Perkongsian Mimi itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang bersetuju dengan kapsyen dikongsikan itu. Dalam pada itu, ada yang mengatakan wanita yang mengganggu kebahagiaan orang lain tidak akan bahagia.