fbpx

Betul-betul Jadi Idaman! Jom Usha Kediaman Mewah & Moden Ni Lekas

Bayangkan berada di tengah-tengah lokasi yang dikelilingi dengan tumbuhan menghijau tapi dalam masa yang sama anda berada di tengah kota raya.

Bunyi macam pelik jer tapi lokasi inilah yang kami memang kagum sangat bila melihat pada pandangan pertama. Betul best dan versatile!

Clover Resort Residence ini sesuai sangat untuk anda yang mahukan lifestyle moden dan selesa. Nak pula bagi anda yang berkeluarga, sudah semestinya kediaman seperti ini yang anda impikan untuk tinggal bersama. Terasa begitu lengkap hidup!

Kediaman Idaman Ramai!

Terletak di tengah-tengah Bandar Sri Sendayan yang menghijau, anda dapat nikmati gaya hidup di rumah 2 tingkat yang sangat cantik. Kena betul dengan lokasinya yang strategik, iaitu terletak di sebelah Lifestyle Hub Sendayan Merchant Square.

Apa yang paling kami suka, Clover ini juga antara kediaman yang menjadi idaman ramai. Nak tahu kenapa kami cakap macam ni? Sebabnya walaupun dia berada di tengah kota raya, tapi masih lagi dihiasi dengan flora di kawasan perumahan Clover ni.

Seperti yang anda tahu, tumbuhan hijau ini penting untuk dalam kitaran hidup manusia. Ia dapat membekalkan oksigen yang sangat penting untuk pernafasan kita. Kalau sudah dikelilingi dengan tumbuhan flora di sekeliling kediaman, dapatlah anda menghirup udara segar selalu.

Susun Atur Yang Sangat Mewah

Bukan itu jer, untuk info anda di sini terdapat 366 unit rumah teres 2 tingkat dalam lingkungan 30 ekar. Setiap rumah menawarkan 4 bilik tidur dengan en suite bilik mandi. Mewah dan sangat privasi.

Bilik air yang selesa boleh jadi terapi jiwa. Masuk bilik air, jiwa boleh jadi tenang. Setelah hampir seharian penat di tempat kerja, anda juga mahu dimanjakan dengan suasana yang menenangkan.

Kalau anda nak tahu, Clover juga menampilkan konsep susun atur lantai terbuka yang menghubungkan ruang tamu dan juga ruang makan. Bila begini, banyak ruang yang ada ini dapat memudahkan anda untuk bekerja, anak-anak bermain dan juga berhiburan di tingkat bawah. Wahhh, memang padu betul lah!

Fasiliti Pun Banyak

Kalau bercakap tentang fasiliti, di Clover ni banyak fasiliti yang mereka sediakan. Antaranya gelanggang bola keranjang, taman permainan, tempat BBQ, tempat duduk Sunken, gim luar, Gazebo, laluan berjalan dan banyak lagi.

Dengan adanya kesemua fasiiti ini, dapatlah anda relakskan otak selepas bekerja seharian. Malah anda pun boleh plan dan schedule kan apa yang anda mahu buat seharian di sini.

Betul-betul Jadi Idaman!

Jangan tidak tahu, untuk resident pula nanti, anda boleh pergi ke d’Tempat Country Club. Apa yang bestnya di sini, anda boleh beristirehat seumpama berada di resort sebabnya kemudahan yang mereka sediakan ni ala-ala seperti di resort. Serius cantik!

Dah tak perlu ke tempat lain. Stay di Clover, dan dapat pula ke d’Tempat Country Club yang berkeluasan 6.33 ekar di tengah-tengah pemandangan yang menghijau ni. Memang tak akan rugi.

Berada di d’Tempat Country Club, ada banyak kemudahan yang disediakan, antaranya kolam renang saiz olimpik, kolam renang kanak-kanak dengan tempat untuk mereka bermain dan juga papan luncur air, 4 gelanggang badminton yang berada di dalam, gim Aqua dan jacuzzi serta macam-macam lagi.

Semuanya anda boleh nikmatinya jika anda tinggal di Clover!

Selepas ini, anda dah boleh berbincang dengan suami atau isteri untuk plan stay di Clover Resort Residence ini. Untuk info lanjut anda boleh klik link DI SINI.