fbpx

Sedar atau tidak, setelah hampir 2 tahun kita berada dalam norma baharu dengan kehadiran wabak pandemik COVID-19 ini. Lambat laun kita akan ‘berhijrah’ ke era endemik pula.

Kredit: unicef

Nak atau tidak, kita terpaksa menerima hakikat bahawa kita hidup dalam era COVID-19 ini. Seperti yang dimaklumkan Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin sebelum ini, biarpun negara dapat mengawal penularan wabak COVID-19 tetapi rakyat perlu bersedia untuk hidup dengan virus ini.

“Kita harus menerima hakikat bahawa sekalipun kita berjaya mengawal, kita juga perlu bersedia untuk menerima kenyataan bahawa akan tiba masanya nanti COVID-19 akan menjadi endemik.

“Dan untuk itu, kita mesti hidup bersama virus ini,” katanya.

Perlu Ubah Cara Hidup & Kerja

Kredit: reuters

Adakah kita semua telah bersedia mental dan fizikal? Mampukah kita semua hidup bertemankan COVID-19? Selain ikhtiar dengan adanya vaksinasi, anda seharusnya perlu ubah cara hidup dan kerja dalam mengharungi virus pembunuh ini.

Anda perlu berusaha untuk mengamalkan SOP yang berterusan. Dengan ini, baru lah semua orang boleh mula memasuki fasa baharu hidup bersama virus COVID-19.

Cari ‘Perisai’

Apa yang anda boleh lakukan adalah cari perisai untuk menghalang virus ini dari menjangkiti anda. Cukuplah berita kematian yang kita terima hampir setiap hari sejak virus ini mula menapak.

Mungkin bagi individu yang dijangkiti, sudah pasti pengalaman bersama COVID-19 ini tidak mudah kerana tidak ada ubat yang boleh membunuh virus ini. Hanya makanan tambahan menjadi ‘perisai’ untuk mencegah dari jadi lebih teruk.

Antaranya madu berkualiti, air lemon madu, Vitamin C, pengambilan multivitamin, lebihkan pengambilan buah-buahan dan sayuran, habbatussauda dan banyak lagi.

Bagi Norimi Munira Md Rejab, 36, atau lebih mesra dipanggil Mira pengalamannya dijangkiti virus ini tidak mudah. Walaupun baru berada di tahap 2 ketika itu, virus yang menyerang dirinya ini masih lagi terasa sampai sekarang walaupun sudah hampir 3 bulan bebas dari virus ini.

Jelasnya, sepanjang 14 hari kuarantin di rumah, apa yang dia lakukan adalah mengambil makanan tambahan seperti vitamin C jenama 21st Century diambil setiap hari selepas sarapan pagi, habbatussauda yang diambil 5 hingga 7 biji sehari sebelum dan selepas tidur, ubat batuk serta ubat herba Atomy HemoHIM yang diambil setiap hari bagi meningkatkan pemulihan dari dijangkiti dengan lebih teruk.

Tambahnya, habatussauda adalah antara makanan tambahan terbaik yang paling berkhasiat dan mampu menyembuhkan pelbagai penyakit. Jadi tidak salah untuk mencuba.

Habatussauda

Makan Ubat Atas Nasihat Doktor

Bagi Erna Ezzaty Abdul Manaf, 30, atau lebih dikenali Erna pula, dia yang dijangkiti tahap 3 COVID-19 turut mengambil makanan tambahan untuk meningkatkan imunisasi badannya.

Jelas Erna, walaupun terlalu banyak tips yang dikongsi ramai, dia lebih selesa untuk mengambil ubat yang dipercayai seperti paracetamol, vitamin C dan ubat batuk.

“Saya mengambil paracetamol dan juga ubat batuk atas nasihat doktor kerana saya batuk teruk dan kuman dah pun masuk ke dalam paru-paru,” jelas Erna yang menjalankan kuarantin di Maeps ketika itu.

Perlunya Makanan Tambahan Ini

Dengar dari pengalaman bekas pesakit ini dah tahu yang makan tambahan perlu untuk diambil sebagai kaedah asas pencegahan dan kawalan jangkitan virus COVID-19.

Tapi jangan terlalu taksub dengan perkongsian individu atau mana-mana pihak yang berkongsikan tips yang tidak sahih. Hati-hati dengan ramuan yang terdapat dalam mana-mana ubat yang mereka kongsikan atau pun untuk membuat sebarang pembelian. Sebagusnya, pastikan anda cari gali dahulu info sahih.

Mungkin ini yang anda harus sediakan diri untuk menghadapi wabak pandemik ini.

Amalkan Pemakanan Sihat

Seperti yang dikatakan Prof Dr Sharifa Ezat Wan Puteh, Pakar Perubatan Kesihatan Komuniti Fakulti Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), amalan pemakanan sihat amat penting untuk meningkatkan imuniti tubuh melawan penyakit (termasuk virus korona) dan seterusnya mengelakkan jangkitan.

Anda yang tidak dijangkiti wabak ini juga sangat digalakkan untuk mengambil makanan berkhasiat seperti buah-buahan, sayuran segar dan sumber protein daripada ayam, telur serta ikan. Sumber makanan ini mempunyai kandungan vitamin C, A dan D yang tinggi serta diperlukan badan untuk melawan penyakit.

Anda juga perlu pastikan makanan yang berasaskan daging perlu dimasak dengan betul dan tidak dimakan mentah. Ini kerana jangkitan kuman masih boleh terjadi terhadap makanan yang tidak dimasak dengan betul atau dicemari patogen.

Pada masa sama digalakkan minum air masak mencukupi iaitu kira-kira dua liter sehari bagi wanita dan tiga liter untuk lelaki kerana kekurangan air boleh menyebabkan sel dalam badan tidak berfungsi dengan baik. (Sumber: LINK INI)

Bantu Kuatkan Sistem Imun Badan

Sebenarnya memang tiada makanan yang dapat menghalang jangkitan virus COVID-19 ini secara langsung. Malahan, tiada sebarang kajian saintifik yang membuktikan sesetengah jenis makanan boleh mencegah dan merawat jangkitan virus COVID-19 ini.

Namun, melalui pengambilan makanan yang kaya dengan kandungan nutrien baik, sedikit sebanyak ia dapat membantu memperkuatkan sistem imun badan anda. Begitu juga makanan tambahan yang lain.

Jaga Kesihatan Paru-paru

Anda juga disarankan untuk menjaga kesihatan paru-paru dengan menggunakan pembersih udara. Atau pun minum ubat batuk Cap Ibu & Anak yang mana ia dapat menyuburkan paru-paru kerana paru-paru yang sihat dan kuat dapat melawan penyakit dan banyak lagi manfaat lain.

Anda boleh jer jadikan ubat batuk salah satu senarai untuk dijadikan makanan tambahan. Macam yang anda tahu lah, batuk juga salah satu simptom jangkitan COVID-19 yang anda harus highlightkan.

Jadi tak salah untuk anda mengambil makanan tambahan yang mempunyai banyak khasiat ini selain mengutamakan kebersihan diri dengan kerap cuci tangan menggunakan sabun atau cecair pembasmi kuman yang mempunyai kandungan alkohol melebihi 70 peratus serta menjaga jarak satu meter lebih dengan individu lain dan elak berkumpul ramai-ramai sebagai langkah pencegahan yang lebih selamat.

Untuk anda yang mahu mendapatkan makanan tambahan seperti ubat-ubatan, boleh dapatkan di farmasi berhampiran anda. Jangan tunggu lagi! Persiapkan diri anda untuk menjalani era endemik COVID-19.