fbpx

Bersedia Untuk Kahwin — Fara Fauzana Sudah Siap Kad Kahwin & Hantaran

Pasti akan ada kalangan anda yang terkejut seperti kami membawa tajuk di’atas kerana tiada hujan tiada angin, tiba tiba Fara Fauzana sudah bersedia untuk kahwin.

Mencecah usia 33 tahun, Fara Fauzana berkata yang beliau kini dalam usia yang sudah wajar berkahwin & demi menjimatkan masa di’kemudian hari, persiapan ringan sudah di’lakukan.

“Saya sudah mereka kad undangan perkahwinan dan barang hantaran pun sudah disediakan. Saya lakukan ini kerana tidak mahu tergesa-gesa apabila tiba hari bahagia kelak,” ujar Fara Fauzana.

Namun Fara Fauzana yang kali terakhir bercinta dua tahun lalu mengakui yang beliau masih menunggu calon sesuai untuk di’jadikan suami.