Berpelukan Ketika AJL36, Sekumpulan Individu Dikompaun Langgar SOP
Meskipun Anugerah Juara Lagu 36 (AJL36) sudah melabuhkan tirainya dua hari lalu, namun ada cerita tak sedap didengar apabila polis mengesan tindakan sekumpulan individu berpelukan ketika acara itu berlangsung.
Timbalan Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Superintendan Naazron Abdul Yusof berkata, gambar itu dikesan polis selepas dimuat naik sebuah portal berita.
BACA: Pelukan Angkasa Bergelar Juara Anugerah Juara Lagu 36 (AJL 36)
Menurutnya, Bahagian Siasatan Jenayah Dang Wangi sudah diarah untuk menjalankan siasatan lanjut. Katanya lagi, kesemua individu terbabit sudah pun dipanggil bagi membantu siasatan.
“Kesalahan itu dikesan kerana tidak mematuhi penjarakan fizikal seperti yang terkandung dalam arahan PPN Fasa Empat.
“Kompaun RM1,000 sudah dikeluarkan kepada setiap individu terbabit mengikut Peraturan 17(1) Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah Dalam Kawasan Tempat Jangkitan),” katanya.
Dalam pada itu, beliau turut menasihati orang ramai supaya terus mematuhi SOP yang bagi mengekang wabak Covid-19.
- SUMBER
- Harian Metro
Dah 2 tahun C19 ni. Masih alpa pasal SOP ?
Nak ckp apa lg eh? Lupa diri bile menang? Lu pikir lah sndiri. Byr je lah kompaun.
Jgn jadik mcm 2 ekor laki bini tu..gigih turon naik mahkamah menegakkan benang basah..dah terang2 bersalah..langgar SOP.
Mmg die artis dikenali..tp laki bini otak kat lutut. Dah beranak skrg..rehat kejap kat umah.
Datang dari tempat yang sama sah sah dah bergaul rapat. Tak apa kita tengok PRU Johor, bila diwarwarkan keputusan PRU, ada adegan peluk sesama sendiri tak. Kalau ada. Polis tolong saman semua.
SOP da tk wajib.. sape2 yg bergaul berpelukan kena COVID sendiri tanggung ..kerajaan da penat nk halang2 lagi.. lantak krg la..
Sekumpulan Orang Gila kena saman 1k sorang…
Sekumpulan Orang Tua tak sedar diri sibuk politik kempen undi bagai, langgar sop takde hal..
This is Malaysia ??
Allah…sesungguhnya Kau Yang Maha Mengetahui segala perancangan ini, segala yg membuatkan terkaburi dikaburi, terkeliru, mengelirukan…