Berniaga Dari Sekolah, Kini Miliki BMW i8 & Mustang
Berhempas pulas sejak dari usia 16 tahun lagi, perjalanan jutawan muda ini dalam bidang perniagaan penuh dengan liku dan halangan. Malah tidak pernah kenal erti putus asa, dirinya mengakui belajar banyak perkara melalui pengalaman yang ditempuhi.
Kejayaan demi kejayaan ditempa dan baru baru ini, Safiey Ilias yang juga merupakan pengasas produk Perlaking telah memiliki kereta idaman BMW i8. Malah sebelum ini, Safiey yang sememangnya meminati kelajuan telah pun memiliki Mustang ikonik berwarna kuning. Dahsyat!
Bagaimanapun, apa yang dilaluinya kini adalah satu keputusan yang telah pun dibuat sejak beberapa tahun lamanya. Kami kongsikan serba sedikit tentang Safiey yang tidak pernah lokek berkongsi kisah kehidupannya di laman sosial.
Ibu Bapa Adalah Peneroka
Bermula dari bawah dengan usaha sendiri, bukan mudah jalan yang ditempuhi oleh Safiey Ilias. Tekad yang tinggi untuk membantu ibu dan bapanya yang juga peneroka di Felda Lakum mendapatkan kehidupan yang lebih baik, usaha jutawan muda ini sejak dari bangku sekolah adalah satu keputusan yang sangat tepat.
Perkongsian jutawan muda ini di Facebook juga dalam masa yang sama turut menyentuh perasaan warga laman sosial yang lain. Ternyata ibu bapa yang juga permata hati merupakan kunci utama kejayaan.
Kecaman Jadi Pembangkit Semangat
Bukan mudah untuk berhadapan dengan kecaman namun sebagai manusia yang tidak mudah mengalah dan kembali cepat bangkit, Safiey membuktikan perkara tersebut tidak mampu menjatuhkannya. Malah melalui peristiwa tersebut jugalah dia menemui kawan sejati.
Belajar Sendiri, Tidak Pernah Sertai Seminar Bisnes
“Saya tak join MLM dan saya berniaga secara solo, main redah, main langgar demi kumpul pengalaman. Sebab itulah semangat bisnes saya kental! Sehingga ke hari ini memang saya belum pernah berguru dengan mana-mana mentor atau menyertai mana mana seminar bisnes,” jelasnya.
Ini Rahsia Kejayaan Safiey Ilias!
Selain turut berkongsikan kisah kehidupan seharian di Instagramnya, @safieyilias94, jutawan muda ini juga dalam masa yang sama tidak kedekut untuk berkongsi rahsia kejayaannya selama ini. Bagi Safiey, inilah perkara yang banyak membantunya berjaya, bermula sejak dari bawah lagi:
+ Tahan nafsu diri yang boros
+ Kena pandai menyimpan
+ Kena banyak bantu mak dan ayah, baru rezeki murah
+ Kena kurang berkawan (saya ada 2-3 kawan sahaja)
+ Fokus pada 1 benda sahaja dulu sebelum pergi kepada yang lain
+ Sentiasa cabar diri akan sesuatu matlamat yang baru
+ Sentiasa kena sebut apa yang kita inginkan
+ Jangan mudah berputus asa (kalau berputus asa, cepat cepat tengok pesaing dan haters kita, mesti semangat nak berbisnes balik)
+ Jadikan tohmahan dan hinaan sebagai pembakar semangat untuk lebih berjaya
+ Maafkan kesalahan semua orang
Safiey sendiri sudah membuktikan apa yang diusahakannya selama bertahun lamanya sudah membuahkan hasil. Mungkin nampak mudah dari luaran, namun hanya empunya diri menyimpan pengalaman.
Apa yang pasti, hanya kita yang mampu mengubah kehidupan kita sendiri.
hebatt
betull
setuju
Saya pernah dengar luahan hati bekas leader perlaking bawah beliau.. Sedih juga dengar.. cuma tak tau betul ke tak..
Sampai ada yang labur ribu2
iyaa
Ingat sapa bila baca tajuk…rupanya Nursajat.
Terbaik
bagus nya jika ramai lagi belia2 negara ni berwawasan seperti orang muda. Tahniah.,.. moga terus berjaya. Cuma nak ingat.. pastikan keluaran produk sentiasa di jaga quality nya dan ada kelulusan kementeran kesihatan serta halal tanpa di ragui lagi.
Jom tengok link panas
Itu lah kayu ukur kejayaan bg semua manusia. Kejayaan dari sudut lain spt berjaya mengelakkan diri dari buat maksiat, menipu orang atau lain2 tindakan bodoh TIDAK dianggap kejayaan dan X perlu dibesarkan spt kejayaan sebegini. Masyarakat kita memang MATERIALISTIK. FULLSTOP
Aduhh , orang cenggini tak layak jadik contoh …
Kenapa?? Hihi tunggu jawapan ni
Y?? KENA CONTOH ORANG MCM KAU KE SELALU CARIK BENDA2 YG NEGATIF? DIA SURUH BUAT BENDA TAK ELOK KE? NEVER JUDGE A PERSON, NEVER JUDGE THEIR ENDING. AND JANGAN CAKAP LEPAS. BLUEK.
Safieilias 23 tahun. Usahawan muda melayu. Sgt membanggakan!!! Tahniah adik. Ko endahkn saja tomahan org. Mereka jelez jaa tuuu… tu yg overr lebih kata ko tuuuu…….. depa x penah tgok cermin jaaa tuuuuu…. jgn di layan adik..
Ko dh ada mustag.. fuhhhh.. hebatt!! Depa still main dgn musang.. fuhhhh!!! Bluekkkkkkkk
Hihihi…musang2 la…kn????
Hihi.. hi awak..
Boleh tak cerita time kau susah sehingga grow up? Semangat yang kukuh
Produk perlaking ni produk pe…ni laa br dengor…nk gugil pn mcm x familiar jer…. btw
Kastam x cr pulak ehh…lhdn pun x kejor…bagus lah….
X popular tp dh jutawan… kn???? Hihihiks
X dak sikit pun unsur negative yg budak ni tunjuk. RK cuma kongsi kejayaan dia kt umum. So,xyah la nk dengki mendengki sgat. Xyah duk cipta hal² negative .. yg baik tu dr Allah s.w.t. tp yg buruk tu mmg dr kita sndri.. sekian.
Saya suka ikut dia dalam fesbook nya. Ok budak ni…
Sekolah adalah merupakan satu institusi pendidikan,Untuk para pelajar menimba ilmu pengetahuan.Supaya para pelajar sekolah akan menjadi seorang manusia yang berguna kepada Agama,bangsa dan negara.Dan saya ingin berpesan kepada semua para pelajar sekolah di seluruh malaysia: SAYANGILAH KELUARGA ANDA,DAN JAUHILAH DIRI ANDA DARI RASUAH.
Yang baik kita jadikan tauladan.
Yang tak baik dijadikan sempadan.
Tiada manusia sempurna.
Tahniah!