fbpx

“Berkat Doa Anda, 10 Cawangan ElewsMart Sedang Diubahsuai”

Sebelum ini, Ustaz Ebit Lew meluahkan hasratnya untuk membuka 10 cawangan pasaraya menjual barangan runcit yang diberi nama Elews Mart. Difahamkan, Ustaz Ebit sedang berusaha mencari pembekal barangan runcit paling murah.

Berkongsikan perkembangan terbaru mengenai perancangannya itu, pendakwah bebas berusia 36 tahun memberitahu hasratnya itu sudah pun menjadi kenyataan dan 10 cawangan pasar rayanya itu sedang diubahsuai dan akan siap sepenuhnya tidak lama lagi.

BACA: Ustaz Ebit Lew Mahu Buka Pasar Raya Harga Barang Paling Murah

Dalam pada itu, Ustaz Ebit turut mengatakan barang yang dijual kelak adalah paling murah dan turut turut menyediakan rak khas barangan percuma buat mereka yang memerlukan.

Bagaimanapun, sehingga kini lokasi pasar raya tersebut masih belum dikongsi kepada umum. Perkongsian Ustaz Ebit itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang teruja serta akan mempunyai satu cawangan di kawasan berhampiran mereka.

Seperti diketahui, Ustaz Ebit turut mempunyai 3 cawangan restoran dan mempunyai sebuah butik menjual kurta. Antara pendapatan lain yang diraihnya adalah menerusi YouTube dan Facebook, serta menulis 9 buah buku dan semuanya laris dijual.