fbpx

Selepas lebih 2 tahun insiden khalwat Memey Suhaiza & Norman Hakim, mereka bakal berkahwin.

Oh Tuhan. Bosan’nya menulis kisah pasangan sensasi tabloid ini. Kami terpaksa kerana kami tahu ada antara anda yang masih peduli.

Lihat sahaja gambar kemesraan mereka berdua di’sebelah yang kami curi dari mStar Online hari ini. Berpegangan perut. Wahh.

Pasangan ini beritahu media yang persiapan perkahwinan mereka sudah siap 40% termasuk membeli kelengkapan perkahwinan di Bandung, Indonesia.

Untuk kami yang pernah menjejakkan kaki ke Bandung, membeli belah di Bandung tidak menunjukkan anda kool, ia menunjukkan anda tiada taste & looks cheap. Oopss!

Memey Suhaiza turut menyatakan yang beliau telah menetapkan konsep perkahwinan mereka nanti — ala taman. Mereka juga di’katakan sedang berbincang dengan beberapa penaja yang berminat.