fbpx

Berhentilah Merokok, Kalau Tak Boleh, Terdapat Alternatif Di Pasaran

Merokok adalah masalah besar bagi rakyat Malaysia. Percaya atau tidak, rakyat Malaysia membelanjakan kira-kira RM1.5 bilion setiap tahun untuk membeli rokok. Gila banyak tu gais. Macam mana nak kurangkan permintaan merokok ni ya?

Sebelum kita ketahui macam mana nak kurangkan ‘kelaziman’ merokok, kita perlu tahu apa yang bahaya tentang aktiviti merokok.

Yelah kita dah tahu merokok ni membahayakan kesihatan tapi tulah ada jer yang masih tidak endahkan risiko yang dorang bakal hadapi.

Pelbagai Penyakit Kronik Muncul

Kalau anda nak tahu, asap daripada rokok tulah yang berbahaya. Perokok ni kadang-kadang tidak sedar pun bahawa sedutan asap yang terhasil daripada pembakaran rokok inilah yang menyebabkan pelbagai penyakit kronik muncul seperti barah dan penyakit jantung.

Bukan setakat itu jer, kesan buruk merokok turut tertumpu kepada orang lain juga, bukan hanya perokok jer kena. Orang lain boleh menjadi perokok pasif secara tidak langsung jika mereka terhidu asap yang keluar dari perokok. Kesan yang tidak diingini adalah sama iaitu penyakit lelah, penyakit jantung dan sebagainya.

Mana Satu – Nikotin atau Asap Rokok Adalah Isu Utama?

Menghisap rokok berulang kali boleh menyebabkan ketagihan kerana ia mengandungi nikotin. Tetapi, nikotin ni walaupun menyebabkan ketagihan, ia bukan penyebab utama penyakit berkaitan dengan rokok.

Sebenarnya, nikotin boleh didapati secara semulajadi. Dari mana datangnya nikotin? Jawapan mudah ialah: tumbuhan. Lebih khusus lagi: tumbuhuan dari keluarga Solanaceae, biasanya dikenali sebagai nightshade. Keluarga ini termasuklah tomato (~332 ng nikotin setiap satu secara purata), kentang (~675 ng), dan terung (~525 ng). Ini bermaksud nikotin dalam dos kecil memang diperoleh daripada makanan kita.

Tapi mengapakah terdapat nikotin dalam tumbuhan-tumbuhan tersebut?

Nikotin tercipta dalam akar tumbuhan apabila dua sebatian kimia – piridin dan pyrrolidine – disatukan sebelum diangkut ke daun. Justeru, nikotin bukanlah penyebab utama penyakit berkaitan dengan rokok kerana ianya memang terdapat dalam tumbuhan-tumbuhan yang dimakan oleh kita semua.

Sebaliknya, asap rokok tulah yang berbahaya. Ia mengandungi lebih kurang 7,000 bahan kimia. Sekurang-kurangnya 250 diketahui berbahaya, termasuk hidrogen sianida, karbon monoksida dan ammonia.

Antara 250 bahan kimia berbahaya yang diketahui dalam asap tembakau, sekurang-kurangnya 69 boleh menyebabkan kanser! Bahaya betul weh. (Sumber: National Cancer Institute)

Untuk info anda, karbon monoksida dan tar adalah salah satu toksik utama yang dihasilkan daripada pembakaran tembakau yang menyebabkan penyakit berkaitan merokok.

Karbon monoksida (CO) ialah gas beracun yang tidak berwarna dan tidak berbau. Selain asap daripada tembakau, sumber pendedahan kepada CO yang diketahui termasuk asap ekzos dari kereta, dapur gas, dapur kayu dan pemanas.

Tar pula ialah bahan kimia hitam melekit yang boleh berkumpul di dalam paru-paru dan membawa kepada kanser paru-paru, emfisema dan masalah paru-paru yang lain.

Tambahan lagi, tar juga boleh merosakkan silia dalam paru-paru kita (yang membantu memastikan saluran pernafasan kita bersih), oleh itu memudahkan untuk toksin untuk bergerak bebas ke dalam paru-paru menyebabkan banyak penyakit berkaitan merokok.

Disebabkan hal-hal ini lah, terdapat beberapa alternatif yang tersedia di pasaran yang memberikan nikotin kepada pengguna tanpa menghasilkan asap tembakau. Apakah ia?

Ini Ke ‘Pengganti’ Rokok?

Mungkin salah satu cara untuk mengurangkan kemudaratan bagi ‘si kaki perokok’ adalah untuk menggunakan alternatif yang kurang mudarat. Setuju tak gais?

Contohnya, e-rokok. E-rokok ialah peranti yang mencipta aerosol dengan menggunakan bateri untuk memanaskan cecair yang mungkin mengandungi nikotin, serta propilena glikol, gliserin sayuran atau gliserol, bahan kimia lain (termasuk yang digunakan untuk mencipta perisa). Cecair biasanya terkandung dalam pod pakai buang atau kartrij.

Selain E-rokok, vape pun antara alternatif yang ada. Fungsinya sama jer dengan e-rokok. Ia memanaskan cecair untuk menghasilkan aerosol untuk disedut oleh pengguna. Apa yang membezakan vape dengan e-rokok adalah kerana produk ini dicirikan oleh kuasa pemanasan yang lebih besar, unit pengewap yang lebih besar dan lebih fleksibiliti dalam mengubah jumlah perisa dan keamatan nikotin.

Kategori alternatif lain pula adalah produk tembakau yang dipanaskan atau dikenali sebagai ‘heated tobacco products’ atau heat-not-burn’. Ia cuma memanaskan daun tembakau di bawah takat terbakar untuk menghasilkan wap yang mengandungi nikotin, yang boleh dihisap oleh pengguna, di mana kajian turut menunjukkan yang ia mempunyai kadar bahan kimia berbahaya yang lebih rendah berbanding rokok tradisional.

Food and Drug Administration (FDA) di Amerika Syarikat turut melaporkan bahawa “pelepasan yang dihasilkan daripada produk tembakau yang dipanaskan secara amnya mengandungi tahap bahan berbahaya yang lebih rendah berbanding asap daripada rokok biasa.”

Tadi kan kita dah belajar bahawa apa yang membawa kepada penyakit berkaitan dengan rokok ialah asap rokok apabila ianya dibakar! Akibatnya, bahan toksik seperti karbon monoksida dan tar tidak akan dihasilkan oleh produk tembakau yang dipanaskan ini kerana ia tidak melibatkan proses pembakaran.

Apa yang penting ialah perokok haruslah berhenti dari tabiat tersebut. Walau bagaimanapun, jika anda tidak mampu dan tidak mahu berhenti, terdapat alternatif lain di pasaran yang juga boleh memberikan ‘rasa’ nikotin yang sama di mana kemudaratan kepada pengguna kurang daripada rokok tradisional.