“Berhenti Tanya Bila Shila Nak Kahwin” – Syada Amzah

Umum sedia maklum, penyanyi Shila Amzah telah pun mengikat tali pertunangan dengan pempengaruh media sosial, Ubai pada bulan Mei lalu.

Malah, ramai yang tertanya-tanya bilakah pasangan itu akan diijabkabulkan sehingga adik kepada penyanyi tersebut iaitu Syada Amzah kerap diajukan soalan mengenai perkahwinan kakaknya.

BACA: Shila Amzah Kongsi ‘Checklist’ Majlis Kahwin, Teruja Hitung Hari Bahagia

Menerusi satu perkongsian di Insta Story, Syada turut meminta supaya berhenti bertanya kepada dirinya mengenai bila kakaknya akan berkahwin dan dimana majlis tersebut kerana dia tidak tahu.

“Berhenti tanya saya tentang dia (Shila) bila berkahwin, di mana majlis kerana saya betul-betul tidak tahu,” tulisnya.

Dalam pada itu, Syada turut meminta pengikutnya supaya tidak forward hantaran yang dibuatnya di Instagram kepada kakak kerana Shila tidak gemar dengan perbuatan berkenaan.

×