fbpx

Bergurau Mahu Bawa Rakan Jika Masuk Neraka, Uyaina Arshad Ditegur Netizen

Baru-baru ini nama pelakon dan pengacara, Uyaina Arshad menjadi perhatian ramai susulan gurauannya dianggap keterlaluan di media sosial.

Menerusi satu video dimuat naik di aplikasi TikTok, Uyaina membuat trend tular ‘bercanda’ bersama Bella Dally ketika mereka berdua berada di satu sesi penggambaran.

BACA: Uyaina Arshad Ditegur Badan Naik Selepas Bersalin

Dalam video tersebut, pengacara itu berseloroh mengatakan enggan terjeremus ke neraka seorang diri sebaliknya mahu menarik kawannya bersama.

“Tuhan, jika suatu hari aku masuk neraka.. Maka, masukkanlah juga temanku. Temanku lebih banyak salah dari aku. Masa aku  (Tak mungkin aku) masuk sendiri Tuhan,” katanya.

Perkongsian Uyaina itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang kecewa serta kurang senang dengan perkongsian pengacara itu meskipun ianya hanya gurauan sahaja.

Menurut netizen, kata-kata juga adalah doa serta tidak ada manusia yang ingin neraka menjadi tempat akhir di akhirat.