fbpx

Bergelar Jutawan, Maya Karin Tidak Risau Akan Keselamatan

Tahukah anda bahawa Maya Karin sudah pun menceburkan diri di dalam bidang pelaburan hartanah sejak 10 tahun lalu? Berdiri di atas gelaran jutawan, Maya dalam masa yang sama mengakui tidak gentar mengenai keselamatan dirinya.

BACA: Maya Karin Kini Jadi Jutawan Hartanah Di London

Menurut Maya, tiada apa yang perlu dirisaukan kerana dia beranggapan bahawa dirinya tidak sekaya jutawan lain yang jauh lebih mewah daripadanya selain menyifatkan apa yang dimilikinya kini sebagai biasa-biasa sahaja.

“Pendapatan saya bukanlah melimpah-ruah seperti bilionair yang lain. Kekayaan yang orang labelkan pada saya cuma biasa sahaja. Apabila berita ini tersebar, ia tidak membuatkan saya terfikir untuk mengupah pengawal keselamatan peribadi untuk melindungi diri saya”

“Saya tidak suka begitu kerana bukanlah orang yang mempunyai pengaruh besar sehingga perlu menggunakan khidmat pengawal keselamatan,” jelasnya kepada pihak Kosmo!

Selain itu, pelakon jelita ini juga mengakui segan apabila kisah mengenai kehidupan peribadinya mula mendapat perhatian ramai lebih-lebih lagi mengenai kemewahannya, namun lebih suka mengambil jalan berdiam diri dan bersederhana. (rtky/s)