fbpx

Bergambar Atas Pelamin, Hidayah Dah Bertunang?

Perkongsian balu kepada Allahyarham Abam iaitu Nor Hidayah menjadi perhatian ramai apabila memuat naik gambarnya bersama seorang lelaki di atas pelamin.

Menerusi gambar dikongsikan, Hidayah dilihat memegang sejambak bunga serta menganakan baju kurung biru sedondon dengan lelaki tersebut.

BACA: Hidayah Terbuka Hati Kahwin Lagi, Tak Pilih Yang Kaya

 

View this post on Instagram

 

A post shared by hidayah_hamzah (@hidayah_hamzahh)

Namun tidak dapat dipastikan wajah lelaki berkenaan kerana bergambar membelakangkan kamera sekaligus menimbulkan tanda tanya netizen.

Turut menjadi perhatian, Hidayah menulis kapsyen dengan hanya meletakkan emoji bentuk hati berwarna biru.

Perkongsian Hidayah itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang meluahkan rasa syukur serta tumpang gembira dengan perkongsian berkenaan.

Untuk rekod, Hidayah dan arwah Abam mendirikan rumah tangga pada 2017. Pasangan itu dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Syed Uthman Hamzah kini berusia lima tahun. Abam meninggal dunia pada 10 Februari 2020 akibat demam panas.