fbpx

Bermula dengan siri TV ikonik sekitar tahun 80’an, Charlie’s Angels membangkitkan semangat Girl Power (Kuasa Wanita) di kalangan wanita di seluruh Amerika Syarikat dan dunia. Cerita yang ketika dahulunya mendapat perhatian ramai ini ternyata menampilkan para wanita juga mempunyai kekuatan dan kemampuannya yang tersendiri.

Jalan cerita yang memberikan fokus kepada tiga orang wanita cantik yang lahir dari Los Angeles Police Academy dan direkrut oleh hartawan Charlie Townsend sebagai penyiasat peribadi menjadi perhatian ramai apabila ceritanya semakin hangat diperkatakan.

Cerita Charlie’s Angels kini kembali dengan filem baru yang menampilkan tiga orang ‘agent’ wanita yang sangat relevan pada masa kini.

Kali ini watak Charlie’s Angels 2019 dipegang oleh Kristen Stewart, Naomi Scott dan pendatang baru Ella Balinska yang bakal memberikan semangat untuk generasi baru terutamanya para gadis yang lahir selepas tahun 2000.

Elizabeth Banks pengarah filem Charlie’s Angels

Filem arahan Elizabeth Banks ini bakal mendarat di pawagam bermula 14 November. Jangan lupa save the date dan ajak girlfriends serta BFF anda pergi tonton filem yang bakal box office ni .

Kristen Stewart dan Elizabeth Banks dalam Charlie’s Angels.

Kisah Charlie’s Angels kali ini lebih mencabar apabila kumpulan gadis yang sentiasa bergaya dalam menjalankan tugas mereka ini diketuai oleh Elena lakonan Naomi Scott. Elena merupakan ketua yang akan mengatur setiap strategik dan gerak-geri yang betul bagi memperolehkan kejayaan dalam menyelesaikan misi mereka.

Lebih menarik lagi, filem Charlie’s Angels kali ini bakal menimbulkan pelbagai perkara baru yang akan membakar semangat anda sebagai seorang wanita. Lebih menarik lagi, dalam cerita ini bakal membuatkan anda teruja dan kagum dengan sikap 3 orang gadis yang lincah ini dalam menyelesaikan setiap tugasan yang diberi.

Noah Centineo sebagai Langston dan Ella Balinska sebagai Jane dalam filem Charlie’s Angels.

Yang paling penting, setiap hasil kerja mereka tip top sehingga mampu memperdayakan kaum lelaki sehingga jejak mereka tidak dapat dihidu.

Jika anda masih tak percaya, filem ini akan membawa satu semangat yang berkobar-kobar dalam golongan wanita. Anda tonton sahaja trailer filem terbaru Charlie’s Angels dan anda akan dapat rasakan sendiri yang pemilihan tiga orang gadis ini bukan calang calang. Sekali gus, akan membuatkan anda lebih bersemangat untuk menonton jalan cerita seterusnya.


Tak sabar pula, nak tonton cerita terbaru Charlie’s Angels yang dilakonkan oleh pelakon-pelakon hebat ini serta pengarahnya sendiri.

Kristen Stewart, Naomi Scott, Ella Balinska dan Elizabeth Banks antara pelakon utama dalam filem ini