fbpx

Bercuti Di Janda Baik Tanpa Surat Kebenaran, Polis Siasat Vie Shantie

Sejak semalam hangat diperkatakan mengenai kenyataan selebriti media sosial, Vie Shantie Khan mendakwa tidak perlu surat kebenaran untuk rentas negeri dari Selangor ke Janda Baik, Pahang.

Menafikan kenyataannya itu, Ketua Polis Daerah Bentong Superintendan Zaiham Mohd. Kahar berkata individu yang yang merentas negeri atas tujuan tertentu masih perlu mendapatkan surat rentas negeri.

BACA: Demi Anak-Anak, Bekas Isteri Eizlan Yusof Tetap Jaga Hubungan Baik

“Kalau berdasarkan kenyataan dia (Vie Shantie) memang salah untuk tujuan riadah tidak boleh daripada negeri Selangor dan kita masih mengguna pakai peraturan rentas negeri seperti sebelum ini.

“Saya akan semak dan siasat dahulu sebelum tindakan susulan dapat dibuat,” katanya.

Sebelum ini, Vie yang juga bekas isteri kepada aktor Datuk Eizlan Yusof ada memuat naik gambar bercuti di Janda Baik sekaligus mencetuskan persoalan netizen sedangkan masih belum diumumkan kebenaran merentas negeri.

Menerusi posting di Instagram, Vie berkata lokasi tersebut masih lagi di sempadan Selangor serta menasihati orang ramai agar terus mematuhi prosedur operasi standard (SOP).

“Tak perlu surat sebab di Plaza Tol Gombak masih lagi sempadan Selangor. Yang nak lintas negeri tetap kena ada surat ya. Yang penting ke mana pun kita pergi tetap harus menjaga jarak dan lengkap dua dos vaksin ok?,” tulisnya.