Bekas madu pelakon Miera Liyana reda dan tidak berkecil hati jika dua anak perempuannya memilih untuk tinggal bersama bapa mereka, Rosland Othman.
Memetik mStar Online, Adibah Abd Mutalib berkata dia tidak mahu emosi kedua anak-anaknya itu terganggu disebabkan masalah mereka serta berharap kebajikan mereka terbela.
BACA: Bekas Madu Miera Leyana Masih Tertanya-Tanya Kenapa Dia Diceraikan
“Walaupun sebagai ibu memang nak anak pilih kita, saya rasa emosi anak pun kena ambil kira. Saya okay kalau mereka pilih bapanya,” katanya.
Difahamkan, hari ini berlangsung perbicaraan hanadah penuh terhadap dua anak perempuan mereka iaitu Nur Anisa, 12 tahun dan Nurin Tasnim, 11 tahun di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
Pada perbicaraa itu, Hakim Shamsuddin Hussain memanggil Anisa dan Nurin bagi memberi keterangan mengenai pilihan sama ada mahu tinggal bersama bapa atau ibu mereka.
Anak ketiga pasangan itu, Nur Liyana, 18 tahun turut dipanggil memberi keterangan pada prosiding tersebut dan mahkamah menetapkan 2 Oktober untuk keputusan.
Dalam pada itu, Adibah meluahkan rasa gembira dapat bertemu dengan kedua anaknya itu yang berada di bawah jagaan Rosland sejak Februari lalu.
Berpeluang memeluk Anisa ketika bertemu, Adibah sempat menenangkan anaknya itu yang menangis mungkin disebabkan rasa gementar dan keliru.
“Anisa masih kecil jadi mungkin dia keliru tapi kami tenangkan dia dengan memberitahu walau apa terjadi, kita masih sebuah keluarga,” katanya.
Terdahulu, Rosland dan Adibah sah bercerai talak satu pada 3 Ogos lalu selepas 28 tahun mendirikan rumah tangga.