fbpx

Beras Habis? Jati Supply! Ini Peraduan Paling Awesome Untuk Sertai

Geng! Jangan skip peraduan menarik dari Jati ni, selain boleh miliki hadiah yang lumayan, korang juga akan ditaja beras. Bukan senang orang nak bagi beras  dalam era ekonomi sekarang kan!

Kalau korang nak tahu, syarikat pemborong beras terkemuka, Serba Wangi Sdn Bhd menawarkan hadiah bekalan beras Jati Signature Pusa Finest Basmathi 1121 5 kilogram (kg) seumur hidup sempena peraduan cabutan bertuah Beras Habis? Jati Supply.

Peraduan yang berlangsung sehingga 30 Jun 2024 ini turut menawarkan hadiah pertama, kedua dan ketiga paling digemari ramai. Antaranya peralatan senaman dan kesihatan seperti ITSU Aire Swing, ITSU Aire Bike dan ITSU Vibro.

Selain hadiah pertama, kedua dan ketiga terdapat juga hadiah bulanan seperti bekalan beras Jati Signature Super Special Import 10kg selama setahun, mesin urut dan periuk nasi.  Memang awesome lah bila dapat hadiah seperti ini!

Cara Sertai Paling Mudah & Berbaloi

Korang yang berminat untuk menyertai peraduan cabutan bertuah Beras Habis? Jati Supply! ini hanya perlu lakukan 3 perkara mudah ni.

  1. Beli produk beras Jati 5kg dan ke atas dalam satu resit.
  2. Korang akan menerima dua penyertaan untuk setiap pembelian beras Jati Signature Pusa Finest Basmathi 5kg dalam satu resit.
  3. Jangan lupa hantar gambar resit bersama nama penuh, no kad pengenalan dan no telefon dan hashtag #menangjatiseumurhidup menggunakan WhatsApp ke nombor 0107726893.

Pemenang akan diumumkan menerusi aplikasi WhatsApp dan setiap pemenang layak menerima maksimum satu hadiah sama ada hadiah utama, pertama, kedua dan ketiga mahupun hadiah bulanan.

Ini Fakta Menarik Beras Pilihan Ramai

Syarikat Serba Wangi Sdn Bhd adalah syarikat pemborong beras terkemuka yang memfokuskan perniagaan beras dan cukup sinonim dengan jenama Jati dalam kalangan rakyat Malaysia dan mula ditubuhkan sejak 1993.

Jati Signature Pusa Finest Basmathi 1121 dan Jati Signature Super Special Import adalah antara produk paling terlaris di bawah naungan Serba Wangi Sdn Bhd.

Kalau korang nak tahu, Jati Signature Pusa Finest Basmathi 1121 menawarkan saiz beras yang lebih panjang dan hasil gebu, tidak melekit, beraroma serta kekal terlerai selepas dimasak.

Bukan itu sahaja, rasanya yang sedap dan tahap kekenyangan yang lebih baik, selain bebas gluten serta kolesterol. Beras ini juga boleh didapati dalam pek 2kg atau 5kg.

Manakala, Jati Signature Super Special Import pula menawarkan beras lebih berkualiti yang diimport khas dari Thailand.

Selain menawarkan tekstur yang sederhana keras, Jati Signature Super Special Import boleh didapati dalam pek 5kg atau 10kg.

Untuk korang yang nak sertai peraduan ini dan ingin mendapatkan produk kegilaan ramai ini boleh dapati di Shopee dan Lazada.

Sebelum tu, jangan lupa Layari LAMAN INI untuk mengetahui lebih lanjut mengenai cabutan bertuah Beras Habis? Jati Supply!