Adakah ketika membaca artikel ini, anda sedang menggunakan telefon pintar? Dapatkah anda bayangkan kehidupan seharian tanpa melihat skrin telefon pintar anda? Pastinya perkara sebegitu mustahil bukan.
Itulah pengalaman yang dialami sendiri oleh seorang usahawan wanita dari Singapura, Tracy. Tracy berpeluang meluangkan masa di Okinawa, satu wilyah paling selatan di Jepun. Terbentuk daripada ratusan pulau di sana, apa yang dilalui Tracy di sana adalah sesuatu yang sangat berbeza.
Namun untuk merasai pengalaman sebenar ketika berada di sana, Tracy terpaksa berpisah dengan telefon pintar yang pastinya merupakan salah satu alat yang melekat di tangan, sama seperti ketika setiap hari.
Kami kongsikan anda beberapa perkara menarik ketika Tracy berada di sana juga video pendek untuk tatapan anda. Fuh memang terasa nak pergi sana terus.
Okinawa Terkenal Kerana Penduduk Yang Panjang Umur
Makanan Yang Terdapat Di Sini Memang Menyihatkan!
Pantai Cantik, Hutan & Juga Air Terjun Yang Menenangkan
Keunikan Muzik, Seni & Juga Seni Pertahankan Diri Karate
Cantik bukan kehidupan di Okinawa? Jom layan video pendek pengalaman Tracy ketika berada di sana, serius best! Bagi anda yang nak tahu lebih lanjut tentang Okinawa, boleh layari www.beokinawa-pr.jp.
Tersentuh juga bila tengok video tersebut sebab terkenangkan masa mula mula kehidupan kita tanpa telefon pintar. Semuanya kini berubah dan pastinya pengalaman yang dirasai Tracy di Okinawa adalah sesuatu yang sangat berharga.