Benjy Ditahan Lagi Buat Kali Keempat?
Menurut Berita Harian, seorang pelakon lelaki telah ditahan untuk kali keempat selepas dipercayai terbabit dalam penyalahgunaan dan memiliki dadah jenis syabu ketika ditahan dalam sekatan jalan raya di Pagoh, Muar, Johor, semalam.
BACA: Benjy Ditahan Kali Ketiga, Disyaki Miliki Syabu
Dalam sekatan jalan raya tersebut, dia telah ditahan bersama seorang lagi lelaki Melayu setelah anggota polis menemui satu beg di tempat letak kaki pemandu yang mengandungi empat paket plastik dadah disyaki syabu anggaran seberat 52.27 gram.
Pemeriksaan pada but kereta, polis menjumpai satu kotak yang mengandungi beberapa botol plastik yang tertulis HmbG Chemicals, Bendosen Aceton, Bendosen Toluene dan satu bekas lain yang tertulis perkataan Bendosen Calcium Chloride.
Pemeriksaan lanjut pihak berkuasa menemui satu paket dadah disyaki syabu dengan anggaran seberat 1,073 gram dan satu bekas plastik disyaki syabu anggaran seberat 193 gram. Selain itu terdapat tujuh balang kaca, satu corong kaca, satu bekas plastik, satu getah paip, satu pengering dan satu dapur elektrik.
Kedua-dua suspek dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Muar untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952. (rtky/s)
Aik?? Bukan kali ketiga tu dah kena tahan ke? Macamana bleh kena kali ke-4 plak? Kali ke tiga hari tu x cukup bukti ke nak dakwa di mahkamah? Ke nak tunggu kali ke dua puluh juta baru nak hantar ke penjara?
Nak tanya…
Kat dlm jel hari tu… dia makan nasi lokap atau beli sendiri? Klu makan nasi lokap… guna duit rakyat… aku x halal… aku bayar cukai untuk bantu rakyat yang susah… bukan yang sengaja susahkan diri diri sendiri.
Kat dlm kot dia masih manusia biasa…wajib menyediakan semua keperluan asas beliau…ada yg kata jgn bagi mkn guna duit rakyat…nie statement yg sgt dungu dan bodoh….takkan nak biarkan dia kelaparan pulak..serahkan pada pehak berkuasa bukan kita pulak yg nak tunjuk pandai..
dalam jamin kan kes aritu. Abislah jaminan mesti kena tarik balik.
http://myinvitepay.com/?ref=275087
memang penagih tegar ni…..hari tu mesti keluar diikat jamin.
Astagfirullah..klu hal ni betul, bwk2 bertaubat la.byk gak brg yg die bawak ni..igt lg drama die blakon jd watak org OKU dgn lagu tema si kaer tu, tkesan d hati.
Kuat btl semangat Benji nak jd saintis…
ape cerita gst,beli jet dan barang naik?
saintis ke tali gantung
breaking bad nii
aku respect benjy ni.jarang orang mlayu macam ni
Bosan dgn cerita benjy dan dadah. Bila la dia nak overdose terus kiok?
tidak siapa boleh mengubah hati insan ni melainkan allah saje yang dapat menutup kemahuanya untuk mendekati najis dadah. Hanya doa dari peminat2, saudara mara dan ahli keluarganya sendiri yang boleh mohon allah swt buka pintu hatinya bertaubat dan menjauhi najis dadah. Sama2lah kita doakan untuk nya. Semoga hidupnya lebih cerah, lebih sihat dan lebih memanfaatkan dari sekarang. Dan jadi seorang insan yg bertanggung jawab dan penuh iman.
bersangka baik mungkin dia nak kenikmatan sebelum buat hubungan seks
Kreatif . Inovatif . Positif .
Kesian dgn dia ni..hidup terumbang ambing..moga Allah memberi hidayah padanya amin..
gantung sampai mati…
buuuu toooohhhhh la benjy! meringkuk je la dlm penjara wat semak je
Dia pernah bentangkn kertas kerja kpd krjaan tp dia kcewa sbb ……
My name is the great Heisenberg, you all shall kneel before me.
The law of the universe – there is no God but Allah – bila tak ikut law ni ..hidup tak selamat
Kangkung dulu naik sekarang dah turun