fbpx

Bengang Peminat Minta Gambar Bogel

Siapa yang tidak terkejut menerima mesej berbaur lucah dari peminat, itulah yang menimpa Uqasha Senrose apabila seorang individu tidak dikenali meminta gambar bogelnya. Jika gagal berbuat demikian, individu itu mengugut akan mengodam akaun Instagramnya.

BACA: “Jangan Begini Uqasha, Simpan Sikit Untuk Suami”

Menerusi Instastory, Uqasha meluahkan rasa terkilan dengan sikap individu terbabit yang sewenangnya meminta gambar lucah seseorang dengan alasan akan menghentikan komen negatif di ruangan komen. Individu terbabit juga sempat ‘memuji’ bahagian badan Uqasha di dalam mesej tersebut.

Tidak dinafikan menjadi selebriti, pengalaman ngeri ini antara harga yang perlu dibayar kerana menjadi tatapan umum. Uqasha bukanlah mangsa pertama, sebelum ini beberapa artis lain seperti Rozita Che Wan, Nora Danish juga pernah menjadi mangsa buli siber.

Memang takut andai menerima mesej seumpama ini. Harapnya Uqasha bertindak melaporkan ugutan ini kepada pihak berkuasa, bimbang jika dibiarkan nanti melarat pula manusia seperti ini bermaharajalela. (rtky/w)