fbpx

Bengang Gambar Tak Bertudung, Bersama Suami Tersebar

Agak marah juga Izreen Azminda apabila ada pihak berniat jahat menyebarkan gambar beliau tidak bertudung. Lebih berang lagi apabila gambar tersebut dikatakan dirakam ketika mereka belum bernikah.

BACA: Izreen Azminda: Suami Minta Rahsiakan Perkahwinan

“Kini tersebar pula gambar peribadi saya di rumah bersama suami, tidak bertudung. Nama pun kat rumah takkan nak pakai jubah. Dan memfitnah gambar itu sebelum kami berkahwin semata-mata untuk jatuhkan saya”

Berdasarkan penyiasatan kami, gambar tersebut dimuat naik oleh satu akaun Instagram bernama, Izreen.Azminda_perampas yang pastinya bukan peminat pelakon tersebut. Kecewa dengan fitnah yang tersebar, Izreen menyifatkan sikap manusia terbabit seperti berhati binatang.

“Apa yang awak dapat sebenarnya? Dapat duit? Dapat kereta? Dapat rumah? Sungguh tidak bermoral perbuatan manusia berhati binatang ini. Untuk Instagram yang menyebarkan gambar ini tunggu tindakan selanjutnya kerana telah menjatuhkan maruah saya,” katanya kepada m Star Online.

Siapalah agaknya yang berhati busuk menfitnah Izreen dan membuka aib orang sesuka hati. Harapnya Izreen terus sabar dengan dugaan ini. Mungkin ini ujian yang diberi olehNya dalam meniti kehidupan menjadi isteri kedua. (rtky/w)