Penyakit malas ni memang dah sentiasa ada dalam diri. Setiap orang pasti pernah merasa malas apabila melakukan suatu benda kan?
Kadang-kadang tu sampai tak berganjak dari tempat duduk disebabkan malas melampau-lampau. Kalau nak disenaraikan memang terlalu banyak benda malas yang kita tak suka buat dalam hidup, haha. Tapi jangan diikutkan sangat nafsu malas tu. Kelak makan diri!
Kemalasan boleh buatkan hidup kita tidak produktif. Bukan itu jer, kerja pun banyak yang tertangguh.
Jomlah kita usha sikit apa benda yang anda malas sangat nak buat tu. Ini hanya beberapa senarai jer, kami tahu banyak lagi benda malas yang anda malas nak buat kan. Ooops!
1. Lipat Kain
Number satu atas takhta! Basuh baju okay, sidai baju okay lagi, tapi kalau lipat kain tu, ergh! Tunggu bergunung baru nak jalan. Stress betul lah.
2. Tunggu Orang
Kalau pasal benda ni memang boleh putus kawan. Malas betul lah nak tunggu orang lambat ni (termasuk diri sendiri juga) Hahaha. Kalau boleh nak tinggal jer dorang. Cubalah cepatkan sikit langkah tu, kesian tau orang yang kena tunggu ni.
3. Mandi
Orang tua-tua pesan tak baik mandi lambat. Tapi kalau dah malas ni, ada aku kisah? Ye dok? Baik mengaku. Hehe…Kadang-kadang tu, mandi pagi dah boleh bergabung sekali dengan mandi tengahari! Tahap malas yang tak dapat dibendung betul.
4. Cuci Pinggan
Makan pandai, cuci pinggannya malas. Kadang tu sampai biarkan penuh sinki tu ha dengan pinggan mangkuk yang tak berbasuh. Jangan praktikkan selalu yer. Kang tak ada orang datang masuk meminang.(untuk kaum Hawa lah)
5. Masak
Ergh, baca pun dah rasa menyampah kan? Sebabnya memasak ni perlukan tahap kerajinan yang melangit. Nak kupas bawang, nak tumbuk cili, nak hiris sayur, nak siang ikan. Eh engkau, penat lah!
Bukan nak masak satu lauk jer, kang tak puas pula makan. Kena masak paling kurang pun dua jenis hidangan. Betul tak? renyah nak keluarkan kuali lagi, nak buka api. Pergh, ini betul tahap malas yang tak dapat nak dielakkan lagi ni.
Tapi jangan risau, sekarang ni benda mudah ada gais. Mujur lah sekarang ini ada teknologi yang terbaik. Come on zaman sudah maju ma, buat apa nak susah-susah sedangkan benda senang dah ada di depan mata!
Nak masak sekarang ini guna Air Fryer jer gais. Air Fryer sekarang ini menjadi item must-have dalam setiap dapur tau. Semakin popular sebabnya ia digunakan untuk menyediakan makanan bergoreng seperti ayam goreng dan french fries tanpa perlu menggoreng dengan minyak masak.
Bukan itu sahaja, ia juga berfungsi dengan menggunakan peredaran udara panas di sekeliling makanan untuk menghasilkan bahagian luar yang rangup. Yummeyyhh!
Haa…Hari tu kami ada ternampak air fryer yang gila murah dan mudah di Shopee ni. MMX Kelen Munoz Digital Air Fryer XL-Plus Red Stainless Steel Deep Cooker 3 Pin Plug 5.5L KM Cook Pro KMAF7SSTDR nama diberi. Sangat cantik dan praktikal!
Betul Power Weh!
Serius gais, inilah ‘syurga’ buat kaum hawa sekiranya anda masuk dapur. Dengan ciri-ciri padu dari MMX Kelen Digital Air Fryer XL Plus ini, semua kerja siap semudah ABC.
Anda boleh baca dengan lebih lanjut di bawah ini kalau tak percaya.
1. Reka Bentuk yang Elegan
Kalau anda tengok reka bentuknya memang betul cantik. Ia menonjolkan reka bentuk yang mewah dengan finishing metallic paint.
2. Premium German Crystal Marble Coating (Salutan marmar premium)
Fuh, apabila ia mempunyai salutan marmar premium, ianya sangat mudah untuk dibersihkan. Bukan itu sahaja, penyerapan haba juga sangat pantas. Inilah pilihan yang lebih sihat dengan sentuhan premium yang patut anda miliki.
3. Saiz yang Besar (5.5L)
Anda mempunyai ahli keluarga yang ramai, sudah tentu perlu masak dalam kuantiti yang banyak kan? Jangan risau, sebabnya saiznya sangat besar iaitu 5.5L. Jadi, ia memudahkan kerja memasak bagi menyediakan hidangan bagi seluruh ahli keluarga anda!
4. Menu Template
Adanya menu template di MMX Air Fryer ini, ia sangat memudahkan kerja anda. Ada cadangan untuk suhu dan juga masa yang sesuai. Anda boleh pilih sahaja dari menu template tersebut. Paling best, apabila pelbagai hidangan dapat disediakan.
5. Paparan Digital (Skrin Sentuh)
Fungsi ketika mengunakan Air Fryer ini adalah secara sentuhan macam cara kita mengunakan skrin sesentuh di telefon pintar. Mudah untuk anda set suhu dan masa sebabnya paparannya lebih jelas.
6. Rapid Air- Frying Technology
Rapid Air- Frying Technology ini menghasilkan ruang udara yang cepat dan panas. Jadi ia akan masak dengan sekata serta masakan anda akan menjadi lebih sempurna dan lazat.
Jom Dapatkannya!
Inilah air fryer yang anda idam-idamkan selama ini. Dengan jaminan 2 tahun, Paparan LED, Kapasiti keseluruhan 5.5L, Saiz Basket 5.2L, Saiz XL, Ada cop SIRIM, 220V-240V dan 1400W; apa yang ditunggu lagi, jom dapatkannya segera!
Tekan LINK INI untuk mudahkan anda mendapatkan MMX Air Fryer yang canggih ini. Jangan malas-malas lagi tau!
Follow juga media sosial MMX Malaysia untuk dapatkan info lanjut.
Facebook: LINK INI
Instagram: LINK INI