fbpx

Belum Sempat Gossip Keluar Media, Diana Danielle Cantas Dulu

Tajuk mungkin sedikit mengelirukan namun tidak susah untuk di’jelaskan apa kisahnya di’sini.

Al-kisahnya, menurut Diana Danielle melalui Twitter, ada seorang individu berpangkat doktor menjaja cerita kepada rakan-rakannya yang beliau ternampak kelibat Diana Danielle & ibunya di kota London.

Menurut individu tersebut, Diana Danielle & ibunya shopping sakan di Oxford Street, London dan mengusung barangan mewah seperti beg Louis Vuitton.

Yang lebih memanaskan hati Diana Danielle adalah individu tersebut turut mempersoalkan siapakah yang menaja perbelanjaan mereka di’sana Disember lalu.

Sudahlah cerita tidak betul, ada hati individu tersebut mahu buat kenyataan provokasi seperti itu.

Kami yakin jika Diana Danielle & ibunya mahu berbelanja sakan sekali pun, mereka mampu lakukan dengan duit sendiri.

Dengan adanya Twitter, gossip sebegini pantas Diana Danielle tepis tanpa banyak soal. Lebih baik begini sebelum diri di’serang wartawan Melodi.